1.
PENGENALAN
Falsafah sering dianggap sebagai satu disiplin ilmu yang sukar
difahami dan tidak releven dengan keperluan hidup seharian. Manakala
tokoh-tokoh ahli falsafah pula dipersepsikan sebagai golongan ahli fikir yang
tidak berpijak dibumi yang nyata. Mereka didakwa berfikir tentang perkara yang
abstrak dan hanya mengungkap idea-idea klasik yang diteorikan oleh tokoh-tokoh
pemikir ulung seperti Socrates, Plato, Aristotle, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu
Miskawayh dan lain-lain. Padahal setiap ilmu pengetahuan, mempunyai kebaikkan
dan kegunaannya masing-masing. Begitu juga dengan ilmu falsafah ini. Walaupun
ramai yang menganggap ilmu falsafah itu sebagai suatu ilmu yang tidak penting,
hanya spekulasi, bersifat angan-angan, akan tetapi ia mempunyai kebaikkannya
yang tersendiri.
Dengan
mempelajari falsafah, seseorang itu mampu memahami idea-idea dan
pemikiran-pemikiran yang pernah muncul dalam sejarah kemanusiaan dan dunia.
Dengan kemampuan untuk memahami pelbagai pemikiran yang muncul ini, samada individu
itu terpengaruh dengan idea tersebut atau menolak idea pemikiran itu dan
membentuk sebuah idea pemikiran yang baru. Pada
masa sama, individu itu dapat memahami apakah dasar dan asas sesebuah idea
pemikiran itu dibuat. Dengan mengetahui dasarnya, ia dapat membuat kesimpulan
dan keputusan sama ada idea tersebut mampu memberi kesan dalam kehidupan atau
sebaliknya.
Dalam tugasan kali ini, kita akan cuba mencari titik pertemuan
antara falsafah dan kehidupan praktis manusia supaya dapat membuktikan dan
menolak hujah golongan yang menolak peranan dan kepentingan dalam kehidupan
dalam usaha mencapai kebahagiaan yang hakiki. Semoga tugasan ini menepati kehendak
dan kriteria pensyarah.
2.
KONSEP FALSAFAH
Pengertian falsafah dapat ditinjau dari dua aspek iaitu dari segi semantik dan
praktis.
i.
Semantik
= istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos
(bermakna kecintaan) dan sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan
kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai
perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu.(Mohamad Sholihin 2008:57)
ii.
Praktis
= falsafah bererti alam fikiran atau
alam berfikir. Falsafah ertinya berfikir, namun tidak semua semua perkara yang
melibatkan berfikir adalah falsafah. Berfalsafah adalah berfikir secara
mendalam dan bersungguh dan falsafah ditinjau dari segi praktis adalah ilmu
yang mempelajari dengan bersungguh-sungguh tentang hakikat kebenaran dalam
segala perkara. (Mohamad Sholihin 2008:57)
2.1
Pengertian Falsafah daripada
Perspektif Barat
Mengikut pendapat Socrates pembentukan pengetahuan yang murni amatlah penting untuk
mencapai kebijaksanaan. Tambahan lagi, beliau menyatakan bahawa falsafah
berdasarkan dari usaha melalui penyelidikan sejati untuk mencapai kebajikan.
Falsafah Socrates adalah berpusatkan kepada manusia dan tingkah lakunya. Beliau
cuba menyelidiki pengetahuan yang murni dengan
cara mengamati yang konkrit dan menganalisanya hingga timbul sesuatu yang
murni.(Fattah Hassan 2007:2)
Plato pula mengatakan bahawa
falsafah ialah usaha untuk mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha
untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato mengenai falsafah
adalah pelbagai dan ini akan dapat diperhatikan dengan jelas dalam karaya-karyanya.
Konsep Plato ini telah mempengaruhi pemikiran Barat amnya dan ahli-ahli
pendidik khususnya semenjak lebih daripada dua ribu tahun dahulu.( Fattah
Hassan 2007:2)
Thomas Aquinas ialah seorang tokoh falsafah yang besar dari
abad ke-l3 iaitu abad ilmu pengetahuan. Mengikut beliau falsafah ialah alat untuk
menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia.
Tegasnya lagi kebenaran teologi (ketuhanan) yang diterima oleh kepercayaan
melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh suatu kebenaran falsafah yang dicapai
dengan akal manusia. Ahli falsafah adalah bebas menyelidiki kebenaran ketuhanan
asalkan kesimpulannya tidak bertentangan dengan kebenaran-kebenaran yang tetap
dari teologi.( Fattah Hassan 2007:3)
2.2
Pengertian Falsafah daripada perspektif Islam
Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Qur’an
dan as-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai
falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang
lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam.
Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah
lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia
menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam
banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.(Rahman Abdullah 2002:295)
Mengikut
pandangan peribadi, jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah
atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran
yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu al-Qur’an
dan as-Sunnah. Ahli falsafah Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan
tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut
sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda(apa hakikat diri anda)? Dari mana
anda datang? Kenapa anda berada di sini(alam dunia)? Kemana anda akan pergi?
Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati?( Rahman Abdullah 2002:295)
3.3 Pandangan
Negatif Terhadap Falsafah
Pada
kurun kelima hijrah, berlaku pertentangan aliran dalam proses mencari
kebenaran. Pada ketika itulah, muncul al-Ghazali mewarnai persaingan tersebut
lantas membuat penghakiman dengan metodologi tersendiri terhadap pemikiran dan
aliran-aliran yang ada. Hasil daripada
kritikan al-Ghazali terhadap falsafah, beliau telah berjaya menjatuhkan nilai
ilmiah falsafah dari takhta keagungan yang selama ini dipandang mulia oleh
masyarakat. Beliau juga berjaya mendedahkan secara terperinci segala kelemahan
dan ilmu falsafah, terutama menerusi karyanya,‘Tahafut al-Falasifah.’
Falsafah Islam yang ketika itu dipopulari oleh Ibnu Sina dan al-Farabi dan
disanjung oleh masyarakat menjadi hina dan dijauhi oleh umat Islam. (Mardzelah
Mokhsin 2006:105)
Yang
lebih menghairankan adalah pandangan yang menganggap aktiviti berfalsafah
sebagai sesuatu yang tidak berguna. Falsafah dianggap berbicara tentang sesuatu
dengan terlalu abstrak, sehingga seperti mengajak orang melayang tanpa
menjejakkan kakinya di bumi. Kesan seperti ini semakin parah kerana
ungkapan-ungkapan falsafah dianggap terlalu rumit.
Kita perhatikan dalam keadaan masyarakat kita
sekarang, aspek falsafah sangat tidak diberi perhatian dan tidak begitu
terdedah. Walaupun proses pembangunan
negara berada pada tahap yang tinggi dan semakin berkembang secara fizikal.
Dalam aspek pengetahuan pula, pelbagai ilmu sains muncul dalam proses memenuhi
tuntutan kehidupan, namun pada masa sama falsafah tidak pernah mendapatkan
kedudukan baik kerana tidak mendapat perhatian luas. Hakikatnya idea falsafah tidak
diselitkan di pelbagai subjek dan media, padahal ia menjadi roh daripada
disiplin ilmu pengetahuan dan kehidupan. (Metro Harian14 Januari 2013)
Ramai manusia tidak menggemari
falsafah kerana ia di katakan satu ilmu yang susah dan merumitkan. Sebenarnya,
falsafah itu sudah ada pada diri manusia itu sendiri. Setiap dari manusia itu
mempunyai falsafahnya sendiri. Falsafah yang di maksudkan disini adalah corak
serta aktiviti berfikir. Seseorang manusia akan berfikir apa yang hendak di
lakukannya sepanjang seharian dia bekerja. Ini bertujuan agar segala kerja dan
tanggungjawab yang di pikulnya berjalan lancar.
3.
TITIK PERTEMUAN FALSAFAH DAN KEHIDUPAN PRAKTIS
Dalam usaha mencari titik pertemuan dan pertembungan falsafah dalam
kehidupan sesuatu masyarakat mungkin banyak aspek dan seginya. Disini kita akan
cuba mengaitkan sama ada falsafah benar-benar berfungsi dalam kehidupan
individu dan masyarakat. Oleh itu, saya hanya membawa tiga isu yang berlakunya
pertemuan antara falsafah dan kehidupan praktis manusia, antaranya:
i.
Akhlak dan Moral
ii.
Falsafah Pendidikan
iii.
Agama dan ketuhanan
3.1 Akhlak dan Moral
Bagi Socrates, ‘kebaikan adalah ilmu’ (virtue is knowledge).
Ilmu bermakna pengetahuan tentang konsep sesuatu dalam bentuknya yang objektif,
bebas daripada penilaian individu. Socrates menyatakan bahawa ramai orang
bercakap tentang ‘kebaikan, keburukan, keadilan, kebahagiaan, kesederhanaan,
dan lain-lain tetapi tidak arif tentang makna sebenar perkataan yang
tersebut. Oleh itu, tugas pertama ilmu ,
tambah Socrates adalah untuk memahami dengan tepat takrif, makna, definisi
perkataan tersebut. Sebab itulah, seseorang tidak akan melakukan kebaikan,
melainkan terlebih dahulu memahami apakah makna sebenar sesuatu kebaikan.
(Nasir Omar 2010: 61)
Kesinambungan daripada itu, Socrates menambah bahawa, seseorang
yang berilmu tidak akan melakukan kesalahan. Semua kesalahan yang berlaku
berpunca daripada kejahilan atau kepincangan intelek mereka. Justeru, tidak ada
seorang pun, dengan secara sukarela
melakukan kesalahan. Orang yang melakukan kesalahan adalah kerana mereka jahil
atau mempercayai bahawa keburukan itu sebagai kebaikan. Golongan yang melakukan
keburukan tetapi mengetahui tentang keburukan tersebut adalah lebih baik
daripada golongan yang melakukan kesalahan tetapi jahil terhadap kesalahan
tersebut. (Nasir Omar 2010: 61)
Berbeza pula dengan konsep dan pemahaman Ibnu Miskawayh berkenaan falsafah
akhlak. Bagi Miskawayh, kata akhlak adalah bentuk jamak (plural) dari kata khuluq. Miskawayh
memberikan pengertian khuluq sebagai berikut: ( A. Mustofa 2004: 34)
Khuluq adalah peri-keadaan jiwa yang mendorongnya untuk melakukan
perbuatan-perbuatan tanpa dipikirkan dan diperhitungkan sebelumnya. Dengan kata
lain, khuluq adalah peri-keadaan jiwa yang mendorong timbulnya
perbuatan-perbuatan secara spontan. Peri-keadaan jiwa itu dapat merupakan
fitrah sejak kecil dan dapat pula merupakan hasil latihan membiasakan diri.
Apabila disebut falsafah akhlak
dalam Islam, ia bukan bermaksud akhlak yang dicipta oleh falsafah ataupun ahli
falsafah Islam itu sendiri. Tetapi apa yang dimaksudkan adalah akhlak yang
dicipta oleh Islam dari segi asas-asas falsafahnya yang diolah dengan pendekatan
falsafah. Ini bertujuan memperlihatkan kedudukan sistem akhlak Islam mengatasi
sistem akhlak ciptaan manusia. ( Haron Din 2007:6)
Menurut Ibnu Miskawayh, beliau telah
mengemukakan satu etika tentang contoh hidup yang tinggi dan murni sebagai hamba
Allah. Etika hidup tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:
i. Pegangan agama yang mantap
Ibnu
Miskawayh berpendapat bahawa matlamat utama setiap agama adalah untuk
melahirkan akhlak mulia. Ini tidak akan terhasil melainkan apabila setiap
individu percaya bahawa agama adalah sesuatu yang perlu untuk jiwa. Menurut
beliau individu juga seharusnya mendapat sesuatu ganjaran di dunia mengikut
taraf dan kedudukannya. Dia tidak berhak meminta sesuatu yang bukan haknya,
tidak boleh mengurangkan apa yang telah diberi kepadanya, sentiasa berpandu
kepada ajaran agama serta berakhlak dengan akhlak mulia. (Siti
Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
ii.
Usaha dari individu
Menurut
Ibnu Miskawayh, akhlak merupakan faktor utama yang menjamin kesejahteraan
masyarakat. Akhlak amat penting dalam diri seseorang bagi memperbaiki dirinya
dan masyarakat. Beliau berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dihasilkan
melalui usaha setiap individu di samping latihan dan didikan tertentu.
Ibnu
Miskawayh juga telah meletakkan satu garis panduan dalam menghayati konsep
tolong-menolong iaitu: kalau seseorang itu banyak melakukan pertolongan, dia
berhak mendapat banyak bantuan. Sekiranya dia melakukan sedikit pertolongan,
maka sedikitlah bantuan yang akan diperolehinya.
iii.
Mengetahui hakikat jiwa
Setiap
individu juga harus tahu hakikat jiwa manusia, apa itu jiwa, dari apakah ia
dijadikan dan kenapa ia dijadikan pada diri manusia. Beliau berpendapat bahawa
jiwa bukan satu bentuk jisim yang boleh dilihat dan bukan satu barang yang
bernilai atau satu bahagian daripada perkara tersebut. Ini kerana kedua-dua
perkara tersebut tidak boleh menerima perubahan sedangkan jiwa menerima
perubahan. Jiwa yang ditakrifkan oleh Ibnu Miskawayh ialah satu perkara yang
dapat dirasai berdasarkan ilmu pengetahuan yang berbagai. (Siti
Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
iv.
Menjalani hidup bermasyarakat
Beliau
juga berpendapat seseorang individu tidak dapat mempraktikkan moral yang baik
secara menyeluruh sekiranya beliau tinggal keseorangan. Ini kerana kehidupan
bermasyarakat menuntut sikap tolong menolong, berlemah lembut dan berkasih
sayang sesama manusia.
Ibnu
Miskawayh menentang kehidupan bertapa kerana ia tidak membawa kepada kehidupan
berakhlak. Seseorang itu tidak seharusnya memencil diri dari masyarakat kerana
kehidupan bermasyarakat akan memberi banyak manfaat kepadanya dalam mengenali
kebaikan dan keburukan.
Orang
yang hidup secara zuhud dan mengenepikan pekerjaan atau usaha, dianggap oleh
Ibnu Miskawayh sebagai mengamalkan perbuatan jahat kerana ia mengenepikan
keperluan orang lain terhadap dirinya. Orang yang mengharapkan pertolongan
orang lain sedangkan dia sendiri tidak menolong orang, adalah orang zalim dan
musuh kepada masyarakat. Sekiranya dia merasakan keperluan hidupnya hanyalah
sedikit sahaja, maka dia harus sedar bahawa manusia lain memerlukan banyak
kepentingan daripada dirinya. (Siti Norlina dan Mohd Nasir
2004, Seminar Antarabangsa)
v.
Bersahabat dengan orang yang baik
Menurut
Ibnu Miskawayh, realitinya manusia yang berperibadi baik secara semulajadi,
jumlahnya adalah sedikit, manakala yang kurang baik secara tabie jumlahnya
ramai. Di antara kedua golongan ini ada juga yang bersikap sederhana. Golongan
ini akan berubah melalui cara bersahabat dengan orang-orang baik yang
menasihati mereka ke arah kebaikan atau bersahabat dengan orang-orang jahat
yang mengajak mereka melakukan kejahatan. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar
Antarabangsa)
Ikatan persahabatan bagi Ibnu Miskawayh
adalah satu perkara yang suci dan bermanfaat bagi manusia. Orang yang baik
adalah sahabat bagi dirinya sendiri dan juga untuk orang lain. Dia tidak akan
mempunyai musuh kecuali orang yang jahat. Orang yang bahagia adalah orang yang
mempunyai sahabat dan berusaha agar dirinya bermanfaat bagi sahabatnya. Manusia
juga harus bekerja dengan baik untuk membahagiakan orang lain dan selalu
berbuat baik tanpa bersifat munafik atau bermuka-muka. (Siti
Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
Falsafah akhlak
yang tinggi mencerminkan seseorang itu mempunyai pegangan dalam hidup dalam
proses mencapai kebahagian hakiki. Kebahagiaan tertinggi itu tidak lain adalah
kebijaksanaan yang menghimpun dua aspek,iaitu aspek teori yang bersumber pada keadaan
penggunaan akal yang membentuk tindak-tanduk seseorang dan aspek praktikal yang
merupakan keutamaan jiwa yang mampu melahirkan perbuatan yang baik. Para Nabi
diutus oleh Allah tiada lain hanyalah untuk menyampaikan ajaran syari’at yang
memerintahkan untuk memperoleh keutamaan dan menjauhi keburukan-keburukan.(A. Mustofa 2004: 17)
Orang
yang mencapai kebahagiaan tertinggi jiwanya akan tenang, mereka akan selalu
berdampingan dengan malaikat. Jiwanya diterangi oleh rahmat Ilahi dan merasakan
nikmat atas kelazatan yang tertinggi. Baginya tidak menjadi masalah apakah
dunia datang kepadanya atau meninggalkannya, apakah dunia kotor atau bersih.
Dalam usaha mencapai kebahagiaan, manusia selalu menemukan pedoman syari’at
yang memberikan petunjuk dan meluruskan jalan mencapai kebijaksanaan untuk
mengatur kehidupan sehingga akhir hayatnya. (A.
Mustofa 2004: 18)
3.2 Falsafah Pendidikan
Terdapat ramai ahli falsafah yang
cuba mendefinisikan “falsafah pendidikan”, yang mana semuanya menuju kepada
satu pengertian. Antara defines yang dibuat dapat dijelaskan seperti berikut :
i.
Menurut
G. Terry Page & J.B. Thomas:
Menurut beliau,
falsafah pendidikan ialah:
“branch of educational studies which elaborates educational objective and value. In the last century emphasis has changed from a study of educational and philosophical writings to the analytical study of educational problem, thought and practice”
ii.
Menurut
Educational Encylopedia
Falsafah pendidikan didefinisikan sama dengan falsafah daripada
proses pendidikan atau falsafah daripada disiplin pendidikan. Hal ini bermakna
falsafah pendidikan boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada disiplin
pendidikan dalam erti kata ia terlibat dengan tujuan, bentuk, kaedah atau hasil
daripada proses mendidik atau falsafah pendidikan. (Fattah Hassan 2007:27)
Daripada aspek
sejarahnya, falsafah pendidikan mengambil bentuk yang pertama diatas, tetapi
diakibatkan pengaruh “falsafah analisis” ia mengambil bentuk kedua di atas.
Dalam bentuk pertama, falsafah pendidikan dikembangkan oleh tokoh-tokoh seperti
Aristotle, Augustine, Lock dan sebagainya. Sebahagian daripada sistem falsafah
mereka berdasarkan konsep-konsep etika, politik, epistemologi dan metafizik
zaman masing-masing. (Fattah Hassan 2007:28)
Walau bagaimana, dalam abad ke-20 falsafah
pendidikan mula dikembangkan dalam “school of education” dalam konteks
asas pendidikan. Dengan itu, falsafah pendidikan dihubungkan dengan bahagian
lain daripada disiplin pendidikan seperti sejarah pendidikan, psikologi
pendidikan dan sosiologi pendidikan. Falsafah pendidikan adalah suatu yang
praktik, yang berkait dengan soal pendidikan.(Fattah Hassan 2007:28)
Setiap negara mempuyai falsafah pendidikan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini disebabkan faktor seperti falsafah negara, cita-cita pemerintahan, berlainan bentuk pemerintahan dan corak kebudayaan. Di samping perbezaan itu pula, falsafah pendidikan tidak akan tetap buat selamanya. Proses perubahannya berjalan terus dari suatu masa ke suatu masa mengikut faktor yang dinyatakan. Pada masa ini, jelas negara-negara besar mempunyai falsafah dalam dunia masing-masing berdasarkan falsafah masing-masing. (Fattah Hassan 2007:82)
Di Malaysia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari sudut sejarah, falsafah
pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses
pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Umum mengetahui
bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut
dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”
Falsafah
pendidikan negara ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa
dan negara yang agak panjang. Dalam zaman pensejagatan ini, sistem pendidikan
kita merangkumi pendidikan pra-sekolah sehingga ke pendidikan tinggi awam dan
swasta. Jadual di bawah menunjukkan antara cabang-cabang falsafah yang terdapat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Cabang
Falsafah
|
Ciri-ciri FPK
|
Implikasi
|
Metafizik
|
Menyeluruh dan bersepadu.
Maksudnya: badan ilmu sejagat yang harus diajar oleh guru dan dipelajari
oleh murid
|
·
Potensi dan
kebolehan individu penting untuk berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
|
Epistemologi
|
Usaha yang berterusan.
Maksudnya: ilmu sentiasa berubah,
Tiada ilmu mutlak
|
·
Penyesuian diri mengikut
peredaran zaman dan perkembangan semasa amat penting, misalnya teknologi
maklumat(ICT), k-ekonomi dan sebagainya,
·
Perubahan
ilmu akan menggalakkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran diri,
·
Penekanan
kepada pembelajaran sepanjang hayat
|
Aksiologi
|
(i)Kepercayaan dan kepatuahan kepada Tuhan.
Maksudnya:l unsur kewujudan, peranan agama,
(ii)Berakhlak mulia dan betanggungjawab.
Maksudnya: peranan nilai moral, etika dan sahsiah
|
·
Peranan
hubungan vertikal (iaitu: individu dengan Tuhan),
·
Peranan
hubungan mendatar( iaitu: individu dengan orang lain, individu dengan alam
sekeliling,
·
Penerimaan Tuhan sebagai
Pencipyta yang Maha Esa
·
Kepentingan pengajaran
agama dan moral,
·
Fokus kepada
pembinaan insan,
·
Penekanan
kepada perkembangan sahsiah
|
Logik
|
Berketerampilan.
Maksudnya:kepentingan penaakulan sah dan tidak sah.
|
·
Keperluan prosedur kerja
yang sistematik dan betul
·
Pemupukan kompetensi
diri
|
Falsafah pendidikan ialah
proses yang mempunyai bipolar process
(dua hubungan), iaitu yang dididik dan pendidik. Pendidik khususnya para guru
mempunyai falsafah mereka sendiri untuk mendidik. Mereka mencari kebenaran,
kenyataan dan kebijaksanaan untuk disampaikan kepada yang dididik. Bagi
menyampaikan pendidikan secara rasmi maka pendidikan berpusat di sekolah.Oleh
itu, sekolah berfungsi sebagai satu alat penyampaikan pendidikan kepada
masyarakat. (Fattah Hassan 2007:84)
3.3 Agama dan Ketuhanan
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan.
Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni
merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini
adalah mengenai aspek ketuhanan.Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang
individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah
melibatkan sebuah komuniti manusia.
Mengikut skema Barat, era falsafah klasik atau antikuiti berakhir kira-kira
pada kurun ke-15 Masihi. Era ini diikuti pula oleh falsafah tamadun Abad
Pertengahan Eropah yang berkembang mulai abad ke-6 hingga abad ke-16 Masihi.
Dalam dua era tersebut, perkembangan
falsafah berkait rapat dengan teologi dan agama Kristian. Falsafah menjadi alat
untuk mendalami agama dan sekaligus berfungsi memberi panduan rasional tentang
alam dan kehidupan. ( Nasir Omar 2005:45)
Tetapi selepas abad ke-17 dan berterusan hingga ke era
moden dan pasca-moden, peranan falsafah mula terpisah daripada agama dan
menjadi sebati dengan sains tabii dan ilmu-ilmu empirikal yang lain. Era ini
juga menyaksikan bahawa falsafah mula mengambil alih peranan wahyu dan dalam
sesetengah keadaan, falsafah menjadi musuh kepada teologi dan agama.( Nasir
Omar 2005:45)
Justeru itu
falsafah Barat Moden terbina berteraskan elemen seperti humanisme,
rasionalisme, emperisisme dn sebagainya. Falsafah yang bebas dari petunjuk
wahyu dan unik bagi tamadun Barat. Falsafah menjadi sekular lantaran ia melihat
dunia sebagai realiti yang terpisah daripada Pencipta. Manakala ajaran Tuhan
(wahyu) tentang alam dan kehidupan menjadi terpinggir dan tidak releven lagi.
Falsafah Barat sekular telah memusnahkan idea asas Islam tentang fenomena alam
semesta sebagai tanda ciptaan dan kekuasaan Tuhan.(Nasir Omar 2005:46)
Oleh itu, jelaslah bahawa falsafah Barat moden amat
bertentangan dengan falsafah Islam, kerana falsafah Islam berpaksikan world
view Islam iaitu berteraskan ilmu yang didasarkan kepada konsep ketauhidan
Allah dan kepada pandangan hidup bahawa Allah adalah Pencipta Maha Agung. Allah
adalah sumber segala jenis ilmu pengetahuan yang mampu di garap oleh manusia. (Nasir
Omar 2005:33)
Sesetengah hukama’
Islam bukan lagi menganggap bahawa falsafah dan agama bersifat serasi dan
komplementari, bahkan agama mengarah pengikutnya supaya berfalsafah. Agama pada
dasarnya menggesa proses penggunaan akal dalam memahami kontitusi alam ini yang
sekaligus membawa kepada mengenali Tuhan itu sendiri. Penggunaan akal ataupun
berfikir inilah yang dinamakan proses berfalsafah oleh banyak hukama’.
Oleh itu agama menggesa manusia supaya berfikir atau berfalsafah lantaran
berfikir boleh menghasilkan ilmu dan makrifat. (Nasir Omar 2005:33)
Pendapat Ibn Rushd, hukama’
Islam terkemuka dalam perkara ini menarik perhatian kita. Dalam penulisan
beliau, terutama Fasl al-Maqal. Jelas bahawa percubaan beliau bukan lagi
setakat untuk membuktikan bahawa falsafah dan agama tidak bertentangan antara
satu sama lain, tetapi agama menggesa malah menwajibkan penganutnya mempelajari
ilmu falsafah. (Nasir Omar 2005:34) Ibnu Rushd menegaskan bahawa:
“Sekiranya
bangsa asing telah menguasai ilmu tersebut (falsafah), maka merupakan suatu
kewajipan yang jelas ke atas kita supaya mempelajari dan mengambil faedah
daripada apa yang telah mereka perkatakan. Tidak kira sama ada bangsa tersebut
beragama Islam atau tidak.”
4.
PENUTUP
Masalah dalam
falsafah ialah masalah-masalah yang berkaitan dengan alam seperti asal usul
(dulu), perkembangan (sekarang) dan masa depan (akan datang). Malah, masalah
itu juga berkaitan dengan manusia, moral dan etika dan sebagainya. Ini kerana,
skop atau perbincangan ilmu falsafah adalah segala sesuatu yang ada wujud dalam
alam ini termasuklah persoalan ketuhanan, wahyu, ilmu, kebenaran dan lain-lain.
Dalam kehidupan seharian,
manusia sudah tentu mempunyai kerangka tindakan atau kaedah tertentu dalam
menghadapi sesuatu situasi atau perkara. Apabila masalah dihadapi, pertamanya,
dia akan menentukan sikapnya terhadap perkara itu. Kemudian dia akan mencari
kaedah yang sesuai untuk menyelesaikannya. Begitu juga dengan falsafah. Kaedah
untuk menyelesaikan masalah falsafah itu banyak. Ia bergantung kepada
pendekatan dan cara individu itu sendiri dalam menyelesaikannya. Pendekatan
antara seseorang dengan seseorang yang lain sudah tentu berbeza berdasarkan
kepada pengalaman peribadi, keilmuannya dan keupayaannya. Oleh itu, tanggapan
dan tindak balas sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Apabila sudah
berbeza, maka ia akan membawa juga kepada perbezaan tindakan yang dibuat dan
kesan yang bakal ditinggalkan.
Seterusnya, Ia akan
mengambil tindakan atau melakukan kegiatan/aktiviti yang selaras dengan kaedah
yang telah difikirkan dan sikapnya terhadap masalah tersebut hasil daripada
kesimpulan masalah, sikap, kaedah dan kegiatan tadi. Kemudian, hasil dari itu
akan memberi kesan. Inilah peranan ilmu falsafah itu yang mana dalam menghadapi
masalah-masalah kehidupan seperti persoalan ketuhanan, kebenaran, kebahagiaan dan
lai-lain akan memberi impak terhadap kehidupannya.
No comments:
Post a Comment