Saturday, March 10, 2012

Burung patah sayap atau sihat.????

             Diceritakan Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah.Ibrahim bertanya,
"Bagaimana mulanya sehingga kamu jadi demikian?" Syaqiq menjawab ,"Aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya di situ. Maka aku berkata : Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki .Lalu aku memerhatikannya.Tiba-tiba aku melihat seekor burung membawa belalang pada paruhya, menghampiri dan menyuap burung yang patah sayapnya itu.Maka aku berkata : Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki di mana pun aku berada .Maka aku      tinggalkan bekerja dan menyibukkan diriku beribadat kepada-Nya."

Ibrahim berkata ,"Mengapa engkau tidak tidak ingin menjadi burung yang sihat itu yang memberi makan kepada burung yang cacat itu,sehingga lebih mulia daripadanya? Tidakkah engkau mendengar Rasulullah bersabda ,"Tangan yang diatas adalah lebih mulia daripada tangan di bawah?" Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi diantara dua darjat dalam segala urusannya.Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar"

Kemudian Shaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata "Adalah engkau guruku wahai Abu Ishak"


(SUMBER :Imam Al-Ghazali,Penenang Jiwa(Mukasyafah al-Qulub), 2008,)

No comments:

Post a Comment