1.0 Pendahuluan
Dalam tugasan pada kali ini, kami telah diamanahkan untuk menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan sistem al-ijarah secara konsepnya. Kami ingin memperkenalkan apa itu konsep sewaan atau ijarah. Ia adalah sebuah aqad jenis mu'awadah maliah (pertukaran hak milik harta) yang popular di kalangan bank-bank Islam. Namun demikian, bentuk ijarah yang asal dan yang dibentuk menjadi produk pembiayaan mempunyai beberapa perbezaan sama ada disebabkan oleh gabungan dengan kontrak lain hingga menjadi isu-isu baru yang timbul menjadikan sedikit berbeza dengan ijarah dalam konteks biasa.
Kami tidak berhasrat untuk menghurai panjang lebar berkenaan rukun dan syarat setiap satu dalam kontrak ijarah disebabkan ia adalah perkara yang telah menjadi maklum di kalangan mereka yang terlibat dan orang ramai. Justeru, penulisan ini hanya akan menumpukan secara ringkas dan konsep asas beberapa yang terpenting dan perlu di ambil perhatian bagi memhami konsep ijarah dan bentuk produk Ijarah yang wujud di bank-bank Islam khususnya.
Seterusnya dalam kertas kerja ringkas ini juga dibincangkan berkenaan konsep ujrah yang telah diperkenalkan oleh PTPTN bagi menggantikan sistem konvensional yang telah lama digunakan yang jelas mempunyai unsur riba. Oleh itu, kita akan lihat sama ada system ujrah yang diguna pakai oleh PTPTN ini bertepatan dengan system ijarah Islam atau pun tidak.
2.0 DEFINISI AL-IJARAH
Al-Ijarah berasal dari kata al-ajru yang arti menurut bahasanya ialah al-‘iwadl. Al-ijarah adalah akad pemindahan hak guna atas barang atau jasa, melalui pembayaran upah sewa, tanpa diikuti dengan pemindahan kepemilikan (ownership/milkiyah) atas barang itu sendiri. Seperti mana firman Allah dalam al-Qur’an dalam surah al-Talaq, ayat 6 :
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Maksudnya: jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.
Menurut istilah, para ulama berbeza-beza mendefinisikan ijarah, antara lain sebagai berikut:
1. Menurut Hanafiyah
“Akad untuk membolehkan pemilikan manfaat yang diketahui dan disengaja dari suatu zat yang disewa dengan imbalan”.
2. Menurut Malikiyah
“Nama bagi akad-akad untuk kemanfaatan yang bersifat manusiawi dan untuk sebagian yang dapat dipindahkan”.
3. Menurut Sayyid Sabiq
‘Suatu jenis akad untuk mengambil manfaat dengan jalan penggantian’.
Para fuqaha, dari keempat-empat mazhab mengungkapkan berbagai-bagai definisi terhadap kontrak sewaan. Ringkasnya, definisi ini membawa makana suatu kontrak keatas penggunaaan manfaat atau perkihidmatan untuk mendapatkan balasan dan bayaran. (Ala’eddin Kharofa, 2007 : 112)
Para ulama fiqh mendefinisikannya sebagai:
عقد معاوض على تمليك منفعة بعوض
Maksudnya:
kontrak pertukaran hak milik harta (mu’awadah) dengan memberi milik manfaat dengan timbal balas.
2.1 Rukun dan Syarat Sewa
Bayaran upah hendaklah ditentukan dengan spesifik dan dibenarkan dalam Islam. Oleh itu, tidak dibenarkan untu membayar upah dengan benda yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti arak dan babi. Bayaran upah mestilah ditentukan dengan spesifik bagi mengelakkan sebarang penipuan dan pertelingkahan. Rasulullah mengarahkan: “ sesiapa yang mengupah seseorang, hendaklah memberitahu upahnya”. (Ala’eddin Kharofa, 2007 : 114) Kontrak sewa mempunyai empat rukun iaitu dua pihak yang berkontrak, sighah, perkhidmatan (manfaat) yang diberikan dan bayaran sewa atau upah seperti berikut : (Mustafa al-Khin,Mustafa al-Bugha dan Ali al-syarbaji ,jilid 5, 2009 : 5)
a) Rukun Pertama:
Dua pihak yang berkontrak iaitu pemilik perkhidmatan (manfaat) dan penyewa.
Syarat bagi kedua-dua pihak yang berkontrak ialah kedua-duanya mestilah layak untuk mengikat kontrak iaitu baligh dan berakal. Kontrak sewa tidak sah jika membabitkan kanak-kanak dan orang gila kerana kedua-dua golongan ini tidak mempunyai kuasa hak milik pada diri sendiri dan harta mereka. Kedua-dua pihak juga mestilah bukan orang yang dihalang daripada menggunakan harta mereka kerana kontrak ini membabitkan harta. Dengan itu kontrak ini hanya sah jika membabitkan orang yang boleh membelanjakan harta.
b) Rukun Kedua:
Sighah kontrak iaitu penawaran dan persetujuan.
Penawaran (ijab)ialah apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan (manfaat). Lafaz penawaran hendaklah menunjukkan perkhidmatan tersebut adalah miliknya untuk ditukarkan dengan sesuatu gentian dan dapat difahami dengan jelas sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Contoh lafaz secara langsung: “Aku sewakan barangan ini” atau “aku milikkan khidmat (manfaat) barangan ini selama setahun kepada kamu dengan bayaran sekian”.
Contoh lafaz secara tidak langsung: “Tinggallah di rumah aku selama sebulan dengan bayaran sekian” atau “aku jadikan khidmat (manfaat) barangan ini untuk kamu dengan bayaran sekian”.
Persetujuan (qabul) ialah apa jua lafaz yang lahir daripada penyewa yang menunjukkan persetujuan untuk memiliki khidmat (manfaat) dan ia difahami secara jelas.
Contoh persetujuan: “Aku setuju” atau “aku sewa” atau sebagainya. Selain menggunakan ucapan, kaedah hulur-menghulur juga diterima pakai jika kaedah ini menjadi amalan setempat yang diguna pakai (uruf). Contohnya, penumpang yang menaiki teksi untuk pergi ke sesuatu destinasi tanpa sebarang kontrak, kemudian dia memberi upah ketika sampai ke destinasi atau sebelumnya. Pada hakikatnya, kaedah hulur-menghulur diterima sebagai penawaran dan persetujuan dalam menyatakan persetujuan dengan sesuatu kontrak dengan isyarat ia menjadi amalan setempat yang diguna pakai (uruf).
Persetujuan dan penawaran mestilah selari. Jika pemilik berkata: “Aku sewakan rumah aku dengan bayaran 100 Lira sebulan”. Penyewa menjawab: “Aku terima tetapi dengan bayaran 90 Lira sebulan”. Kontrak ini tidak sah kerana penawaran dan persetujuan tidak selari. Keadaan ini menunjukkan persetujuan tidak wujud antara kedua belah pihak. Ini kerana lafaz kontrak sepatutnya menjadi bukti persetujuan. Dan persetujuan adalah syarat bagi kontrak ini disahkan.
Tidak wujud jurang masa yang lama antara penawaran dan persetujuan. Jurang masa tersebut sama ada diselangi oleh diam atau oleh percakapan asing yang tiada kena-mengena dengan isi kontrak. Ini kerana tindakan tersebut menunjukkan kontrak tersebut tidak dipersetujui.
Tidak bersyarat, Contohnya, seorang berkata: “Jika Zaid datang, aku akan sewakannya kepada kamu dengan bayaran tersebut”.
c) Rukun Ketiga:
Perkhidmatan (manfaat). Beberapa syarat ditetapkan:
1. Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai.
Maksudnya, perkhidmatan tesebut diterima dan diperlukan menurut syara’ dan uruf (amalan kebiasaan orang ramai), supaya ia boleh dibayar dengan bayaran yang setimpal. Contohnya, sewa rumah untuk didiami, atau kenderaan untuk dinaiki. Jika khidmat tersebut tidak bernilai menurut syara’, bayaran tersebut dianggap sia-sia dan membazir. Sedangkan syara’ melarang segala bentuk pembaziran.
2. Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya penyewa boleh menggunakannya.
Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat tersebut secara fizikal atau syara’, penyewaan tidak sah. Oleh itu, tidak sah menyewakan barangan yang telah dirampas kepada orang yang tidak memgang barangan tersebut, sedangkan dia tidak mampu mengambil semula barangan tersebut daripada orang yang sah memegangnya pada ketika kontrak, tidak menyewakan kereta yang hilang, tidak sah menyewakan tanah untuk tujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang tetap, sementara hujan atau seumpamanya seperti salji dan embun tidak dapat memenuhi keperluan pengairannya. Alasannya ialah semua barangan ini tidak boleh diserahkan dari segi fizikal.
3. Khidmat diperolehi oleh pengupah bukan daripada orang yang diupah.
Tidak sah mengupah seseorang melakukan ibadat yang memerlukan kepada niat dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain seperti sembahyang dan puasa. Ini kerana khidmat (manfaat) di sini iaitu pahala menjadi hak orang yang diupah dan bukan hak orang yang mengupah. Ini kerana, tujuan ibadat ialah menguji ketaatan dan ketundukan jiwa manusia. Ini tidak dapat dilakukan oleh orang lain selain pelakunya sendiri.
Namun demikian mengupah seseorang melakukan ibadat yang boleh diwakilkan adalah sah walaupun ibadat tersebut memerlukan niat. Dengan ini, mengupah seseorang melakukan haji bagi pihak orang yang tidak berupaya atau telah meninggal dunia adalah sah. Begitu juga dengan puasa bagi pihak orang yang telah meninggal dunia. Termasuklah ibadat korban, sembelihan, haji dan mengagihkan zakat. Ini kerana semua ibadat ini dibenarkan oleh syara’ untuk dilakukan oleh wakil bagi pihak yang dipertanggungjawabkan.
4. Khidmat (manfaat) disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan.
5. Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.
d) Rukun keempat:
Bayaran sewa atau upah.
1. Bayaran sewa mestilah bayaran yang suci.
Kontrak sewa tidak sah jika bayaran sewa atau upah berupa anjing atau khinzir atau kulit yang belum disamak atau arak kerana semua barangan ini adalah najis.
Menurut sahih bukhari dan muslim. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Allah dan rasulnya mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan berhala.
Begitu juga dengan barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan seperti cuka, susu, minyak, cecair, minyak masak dan minyak sapi. Ini keranan nabi memerintahkan agar minyak yang cair dibuang jika terkena najis. Perintah supaya membuang dan larangan daripada mnedekatinya menunjukkan barangan ini tidak boleh dibersihkan. Dengan itu ia tidak dibenarkan untuk dijual beli. Oleh kerana barangan ini tidak sah dijual beli kerana najis, ia juga tidak sah dijadikan sebagai bayaran upah atau sewa. Hukum ini diqiaskan kepada semua barangan yang terkena najis.
2. Bayaran sewa boleh dimanfaatkan.
Tidak sah memberikan bayaran sewa atau upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan kerana tidak bernilai seperti serangga dan dua biji gandum atau kerana bahayanya seperti haiwan buas atau kerana diharamkan syara’ seperti alat yang melalaikan, berhala dan ukiran. Ini kerana barangan ini dan seumpamanya tidak bermanfaat dan tidak boleh dinilai sebagai harta. Oleh itu, ia tidak sah digunakan sebagai tukaran untuk menerima sesuatu yang lain. Perkhidmatan yang menjadi isi kontrak sewa adalah suatu harta yang bernilai. Oleh itu, ia tidak boleh dibayar dengan sesuatu yang tidak diiktiraf sebagai harta.
3. Mampu diserah.
Tidak sah bayaran sewa atau upah berupa burung yang masih di udara atau ikan yang masih berada di sungai. Tidak sah juga jika ia barangan rampasan kecuali jika diberikan kepada orang yang memegang barangan tersebut atau orang yang mampu mengambilnya semula.
4. Pihak yang berkontrak mempunyai kuasa (wilayah) untuk menyerahkannya.
Maksud kuasa wilayah di sini sama ada sebagai pemilik atau sebagai wakil. Jika bayaran sewa atau upah tersebut di luar kuasa pihak yang mengikat kontrak, kontrak tersebut tidak sah.
5. Bayaran sewa atau upah diketahui oleh kedua-dua pihak.
Tidak sah sewa rumah jika dibayar dengan keperluan baik pulih rumah tersebut. Tidak sah sewa kereta jika dibayar dengan minyaknya. Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi makannya. Sebabnya kadar bayaran sewa tidak dapat dipastikan.
Termasuk dalam ertikata kadar bayaran sewa atau upah yang tidak pasti ialah apabila sebahagian daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah. Contohnya, upah menyembelih kambing dan melapahnya dibayar dengan kulit atau sebahagian anggota kambing tersebut. Ini kerana ketebalan kulit dan kadar anggota kambing tersebut tidak diketahui. Al-Daruqutni meriwayatkan:
Maksudnya: bahawa sesungguhnya Nabi SAW melarang qafiz pengisar.
Hadith ini ditafsirkan sebagai menetapkan upah kerja mengisar sebanyak satu qafiz tepung gandum daripada gandum yang dikisar. Qafiz ialah sejenis sukatan yang digunakan pada zaman dahulu.
Jika upah dibayar berupa sejumlah gandum, sementara bakinya dikisar, kontrak ini sah kerana punca larangan yang disebutkan iaitu ketidakpastian dan bekerja untuk diri sendiri tidak wujud di sini.
2.1 Jenis dan syarat penyewaan.
Terdapat dua jenis kontrak sewa: sewa barangan dan sewa jaminan.: ( (Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali al-syarbaji ,jilid 5, 2009 : 20)
1. Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu. Contohnya pemilik berkata: aku sewakan rumah ini kepada kamu atau sebuah kereta yang dikenal pasti oleh kedua-dua pihak. Atau seseorang menyewa (mengupah) orang tertentu untuk sesuatu kerja, atau untuk menjahitkan baju tertentu.
2. Sewa jaminan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik. Contohnya, penyewa menyewa (mengupah) seseorang untuk menghantarnya ke suatu tempat menggunakan sebuah kereta yang dinyatakan sifatnya berdasarkan jaminan pemiliknya untuk tempoh tertentu.
Sewaan (upah) jenis ini digunapakai oleh pelbagai perkhidmatan pengangkutan hari ini. Sewa ini merujuk kepada perkhidmatan yang dinyatakan cirri-cirinya melalui jaminan pemilik bukan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu.
Syarat sewa barangan.
i. Barangan yang disewa mestilah ditetapkan. Tidak sah menyewa salah satu daripada dua buah kereta seperti yang dibincangkan sebelum ini.
ii. Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa.
Jika pemilik berkata: aku sewakan rumah aku atau kerja aku atau baju aku, sedangkan mereka tidak berada di rumah tersebut, atau pun kereta atau baju tersebut tidak dipamerkan dalam majlis kontrak tersebut, kontrak tersebut tidak sah kecuali jika kedua-dua pihak telah melihat barangan yang akan dosewa sebelum majlis kontrak dan barangan tersebut biasanya tidak mengalami apa-apa perubahan dalam tempoh tersebut, kontrak ini sah.
iii. Penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai.
Contohnya, pemilik menyewakan rumahnya untuk disewa pada tahun hadapan, atau dia menyewakan (menawarkan) dirinya bahawa dia akan memulakan kerjanya bulan hadapan, atau dia menyewakan keretanya esok atau dia menyewakan rumahnya selama setahun atau sebulan bermula dari awal bulan hadapan dan begitulah seterusnya. Kecuali jika sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang sama yang sedang menyewa barangan tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak tersebut akan berakhir pada tarikh permulaan kontrak baru. Kontrak ini sah kerana kedua-dua tempoh tersebut bersambung untuk penyewa yang sama seolah-olah penyewa menyewa barangan tersebut untuk dua tempoh dalam satu kontrak.
Syarat sewa jaminan.
1. Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak.
Ini kerana sewa ini ialah jual salam perkhidmatan. Dengan itu, penyerahan modal salam (sewa) mestilah dilakukan ketika majlis kontrak. Mensyaratkan penangguhan penyerahan bayaran dikira sama seperti tidak menyerahkannya.
2.3 Hukum kontrak sewa.
Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan, kontrak tersebut sah dan segala hukum yang berkaitan (implikasi syariat) akan terpakai sebaik sahaja kontrak dimeterai. (Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali al-syarbaji ,jilid 5, 2009 : 22)
1. Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan penyewa berhak menggunakannya.
2. Hak milik pemilik sewaan terhadap bayaran sewa iaitu bayaran bagi perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.
Suatu perkara yang perlu diberikan perhatian dalam soal pemindahan hak milik ini ialah setiap kali masa berjalan dan barangan yang disewa masih di tangan penyewa dalam keadaan baik, maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas sebahagian bayaran sewa sebagai timbal balas kepada perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh tersebut.
Apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan atau tempoh yang ditetapkan berakhir, maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas semua bayaran sewa. Walaupun barangan yang disewakan tidak digunakan oleh penyewa, dengan syarat ia masih dalam keadaan baik di tangan penyewa. Ini kerana khidmat barangan tersebut luput dalam tangan penyewa, dengan itu pemilik berhak memperolehi timbal balasnya. Kes ini sama seperti barangan yang rosak dalam tangan pembeli, maka penjual berhak memperolehi bayarannya.
Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja yang digunakan, beberapa perkara perlu dilihat, jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan. Contohnya jika penyewa menyewa sebuah kereta untuk membawanya ke suatu tempat lalu kereta ini rosak sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang telah dilalui hanya jika penyewa boleh meneruskan perjalanan dari tempat tersebut tanpa perlu bersusah payah atau pun penyewa mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.
Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dimanfaatkan. Contohnya, tempat kereta tersebut rosak biasanya bukan tempat yang dituju atau sukar untuk meneruskan perjalanan dari tempat tersebut, pemilik tidak berhak memperolehi walau sedikitpun bayaran sewa. Kes ini sama seperti barangan yang dijual rosak sebelum diserahkan atau sebelum sesuatu barangan boleh digunakan khidmatnya sedikitpun atau digunakan sepenuhnya. Hak milik bagi bayaran sewa disahkan sama ada bayaran dibuat secara tunai atau hutang.
2.4 Penamatan sewaan
Di dalam ijarah, akad tidak membolehkan adanya fasakh pada salah satu pihak, karena ijarah merupakan akad pertukaran, kecuali bila didapati hal-hal yang di wajibkan fasakh (batal).
Ijarah akan menjadi batal (fasakh) bila ada hal-hal sebagai berikut:
1. Terjadi cacat pada barang sewaan yang kejadian itu terjadi pada tangan penyewa
2. rosaknya barang yang disewakan, seperti rumah menjadi runtuh dan sebagainya
3. rosaknya barang yang diupahkan kerana baju yang diupahkan untuk dijahitkan
4. terpenuhinya manfaat yang diakadkan, berakhirnya masa yang telah ditentukan
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan fuqaha terhadap isu penamatan sewaan : (Ala’eddin Kharofi, 2007: 114)
a) Ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa sewaan akan terbatal dengan kematian salah seorang daripada pihak yang berkontrak, kerana kontrak sewaan melibatkan manfaat yang tidak boleh diwariskan.
b) Majoriti ulama berpendapat bahawa sewaan tidak terbataal dengan kematian salah seorang
jazakallah....=)
ReplyDeleteapa perbezaan al-ijarah dengan al-ijarah thumma al-bai'?
ReplyDeleteApakah perbezaan ijarah antara upah dengan sewa
ReplyDelete