1. PENDAHULUAN
Falsafah Islam merupakan satu bidang kajian dalam membincangkan falsafah dari aspek tokoh-tokoh Islam sendiri. Umum mengetahuai bahawa falsafah merupakan satu ilmu yang telah wujud pada zaman Greek lagi, namun atas inisiatif ahli filsafah Islam dalam mengharmonikan ilmu falsafah itu untuk dimanfaatkan dalam Islam supaya selaras dengan hukum dan syariat Islam. Perbahasan tentang falsafah Islam biasanya berkisar kepada masalah asas dalam epistemologi iaitu sumber wahyu dan akal. Sejak dari dulu hingga sekarang persoalan-persoalan tentang dua sumber inilah yang terus menerus diperdebatkan sehingga timbul beberapa aliran dan mazhab dalam pemikiran Islam.Namun perkembangan falsafah Islam menjadi semakin matang dan meluas melalui faktor utamanya iaitu penterjemahan karya-karya dari falsafah Yunani kedalam pemikiran Islam.Oleh itu, lahirlah ramai tokoh ahli filsafah Islam yang terkemuka antaranya al-Kindi,al-Farabi,Ibnu Sina dan Ibn Rusyd. Ekoran daripada itu, kami telah ditugaskan untuk mengkaji tentang sekumpulan tokoh yang dikenali sebagai Ikhwan al-Safa yang merupakan antara ahli falsafah Islam yang member impak besar dalam pengkajian falsafah Islam.
Ikhwan al-Safa ( Brethren of Purity atau The Pure Brethen ) merupakan sebuah gerakan bawah tanah dengan mempertahankan semangat berfalsafah khususnya dan pemikiran rasional umumnya dikalangan pengikut-pengikutnya. Kelompok pemikir muslim ini berasal dari fahaman Syiah Ismailiyah yang lahir pada abad ke-4 H / 10 M. Kajian ini akan menyingkap tentang aliran Gnostisisme menurut Ikhwan al-safa dan secara tidak langsung akan membongkarkan kaedah dan cara yang digunapakai oleh Ikhwan al-Safa mengenai aliran gnostik ini. Ikhwan al-Safa banyak membincangkan mengenai gnostisisme ini contohnya dalam bidang politik, metafizik, teori ilmu, pernomboran dan pelbagai lagi. Maka, boleh juga jika dikatakan gnostisisme ini merupakan pengaruh fahaman Greek dan Kristian. Namun, terdapat beberapa masalah yang ditolak Islam mengenainya. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui bidang perbincangan Ikhwan al-Safa mengenai gnostisisme.
Akhir sekali, kami telah membuat analisa terhadap falsafah Ikhwan al-Safa yang banyak menggunakan konsep gnostisisme sebagai satu kesimpulan dan pendapat mengenai falsafahnya.
2. IKHWAN AL-SAFA
2.1. Latar Belakang
Gnossistisme berasal dari bahasa Yunani iaitu gnosis, yang bermaksud “ pengetahuan ” . Gnostisisme adalah falsafah kebatinan yang berkembang pada era peradaban Helenistik. Falsafah ini menyandarkan penyucian manusia pada pengetahuan, bukan pada keimanan agama, baik keimanan itu melalui Nash kitab suci atau hasil renungan akal.[1] Perkataan tersebut merupakan falsafah yang di gunakan oleh Ikhwan al-Safa untuk menghidupkan gerakan mereka.
Ikhwan al-Safa adalah satu gerakan yang amat rahsia, tersusun tetapi kurang membawa kepada manifestasi yang realiti. Tokoh utama kumpulan ini ialah Ahmad Ibnu Abd Allah, Abu Sulaiman Muhammad ibnu Nashr Al-Busti yang terkenal dengan sebutan Al-Muqaddasi, Zaid ibnu Rafa’ah dan Abu Al-Hassan Ali ibnu Harun Al-Zanjany. Manakala, menurut Hana al-Fakhury dan Khalil al-Jarr bahawa nama Ikhwan al-Safa diambil daripada kisah merpati dalam cerita Khalilat wa Dumnat yang di terjemahkan oleh Ibnu Muqaffa.[2] Melihat pada kesetiaan dan kejujuran serta kejujuran serta kesucian persahabatan dalam organisasi ini seperti terdapat kisah di atas, agaknya penyataan Hana al-Fakhury dan Khalil Al-Jarr dapat diterima.
Jika tidak dibongkar oleh Abu Hayyan al-Tauhidi, iaitu insan yang bergaul rapat dengan gerakan ini, kita mungkin tidak akan menjejaki langsung tapak-tapak gerakan ini. Secara tidak langsung tidak dapat menghayati karya islamik, falsafah, psikologi, matematik, metafizik dan politik mereka. Ikhwan al-Safa berpusat di Basrah sekitar 373 hijrah bersamaan 983 Masihi dan amat terkenal dengan risalah dan warkah-warkah hebat mereka. Nama penuh gerakan ini adalah Ikhwanus al-Safa wa Khullan Al wa Ahli hamd wa Abna Al Majd yang bermaksud persahabatan yang sebenar, rakan perjuangan yang sejati, golongan yang berhak ke atas pujian dan anak-anak pahlawan.
Mereka mengadakan perjumpaan mini pada setiap 12 hari untuk usrah dan perjumpaan di Basrah. Perjuangan ini memuncak pada penghujung pemerintahan Abbasiyah yang merosot akibat kemelesetan politik Islam. Mereka lebih menumpukan perbahasan metafizik berkaitan dengan ilmu kalam, teori masa, roh, angkasa, ilmu fizik, nasib manusia di hari kiamat, dan matematik. Metafizik, fizik, dan matematik, adalah 3 jenis pengkelasan ilmu yang dilakukan oleh Aristotle,dan mereka jelas membawa fahaman neo-aristotlelisme walaupun banyak pandangan Pytagoras dan Aristotle yamg mereka sanggahi. Metafizik membawa manusia mengenal tuhan , kuasa-kuasa-Nya serta mnegenal diri manusia. Ilmu matematik membawa manusia memahami asas tabii alam, mengenal muzik, asas penyusunan alam dan rahsianya. Ilmu fizik pula membawa kepada penjelmaan keistimewaan manusia dalam mentadbir alam dengan kemahiran yang tinggi. 3 konsep ini tidak bercanggah dengan epistemologi Islam pada umumnya walaupun banyak kontradiksi jika ditelusuri secara mendalam.
Perlu diketahui, Ikhwan al-Safa walaupun menekankan keilmuan dan perbahasan intelek yang tinggi, mereka tidak pula berniat untuk menyumbang idea untuk peningkatan sains dan teknologi Islam. Mereka lebih berminat untuk memuaskan kerangka falsafah batiniah mereka. Mereka agak anarki dalam berorganisasi. Kesedaran dan keintelektualan yang tinggi pada mereka akan membawa manusia kepada perubahan dan evolusi yang lunak kepada kebaikan ummah. Akan tetapi dasar eksklusif mereka banyak menjauhkan mereka kepada impian mereka ditambahi dengan serangan tentera Monggol pada penghujung abad Abbasiyah memusnahkan terus gerakan ini. Mereka mengimpikan negara ‘Madinah Rohaniyah al-Thubi(Utopia) yang bukan di atas tanah, benua dan udara. Negara kerohanian tinggi ini akan muncul jika ahli falsafah menguasai negara dan mendominasi massa di Baghdad.
Pada mereka jika sesebuah masyarakat itu mempunyai negara, mereka memerlukan seorang raja walaupun zalim. Akan tetapi sekolompok ahli falsafah seperti mereka tidak memerlukan raja. Ahli falsafah adalah golongan bijak yang bermanfaat pada persepsi mereka. Mereka menganggap bahawa mazhab yang pelbagai, firqah politik dan pergerakan falsafah yang banyak di Iraq hanya membawa kepada kemusnahan. Bagi Ikhwan, syariat telah dinodai bermacam-macam kejahilan dan kesesatan.
Falsafahlah jalan untuk membersikan segala kekeruhan tersebut. Maka, mereka mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini dengan cara ahli kumpulan ini di hantar ke bandar- bandar tertentu untuk menjaga kerahsiaan kumpulan dan mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat.
Kategori ini terbahagi kepada 4 tahap iaitu:[3]
1. Ikhwan al-Abrar al-Ruhama’. Peringkat umur 15-30 tahun yang wajib mematuhi segala suruhan guru.
2. Ikhwan al-Akhyar wa al-Fudhla.’ Peringkat usia 30-40 tahun di kenali sebagai al- Ihkwan al-Akhyar yang mampu menjaga persaudaraan dan kasih sayang.
3. Ikhwan al-Fudhala’ al-Kiram. Peringkat umur 40-50 tahun yang dinamakan al-Ikhwan al-Fudhala al-Kiram, mereka yang menerima wahyu dan mencapai tahap kenabian.
4. al-Kamal. Peringkat 50 tahun, mereka di gelarkan golongan Muqarrabun yang memahami hakikat dan makrifah serta mencapai taraf malaikat .
1. Ikhwan al-Abrar al-Ruhama’. Peringkat umur 15-30 tahun yang wajib mematuhi segala suruhan guru.
2. Ikhwan al-Akhyar wa al-Fudhla.’ Peringkat usia 30-40 tahun di kenali sebagai al- Ihkwan al-Akhyar yang mampu menjaga persaudaraan dan kasih sayang.
3. Ikhwan al-Fudhala’ al-Kiram. Peringkat umur 40-50 tahun yang dinamakan al-Ikhwan al-Fudhala al-Kiram, mereka yang menerima wahyu dan mencapai tahap kenabian.
4. al-Kamal. Peringkat 50 tahun, mereka di gelarkan golongan Muqarrabun yang memahami hakikat dan makrifah serta mencapai taraf malaikat .
Jadi penyelesaiannya adalah Ikhwan al-Safa iaitu golongan falsafah yang sederhana, menekankan kerohanian, dan amat toleransi dengan mazhab dan agama lain. Buktinya adalah mereka menganggap semua manusia perlu beragama.Tanpa agama akan membawa kepada kemusnahan. Pilihlah mana-mana agama walaupun tidak sempurna. Mereka tetap menganggap Islam adalah agama yang paling sempurna walaupun amat bertolak ansur dengan agama lain. Mereka menekankan konsep kebersamaan dan kesamaan sesame rakyat. Setiap pemerintah perlu adil dan memberi manfaat kepada rakyatnya.
Tujuan mereka menubuhkan kumpulan ini adalah berkepentingan sendiri iaitu untuk tujuan politik yang mana Ikwan ingin menjatuhkan pemerintahan Abbasiah pada masa itu. Ikhwan al-Safa’ juga banyak memberi sumbangan dalam dalam bidang sains iaitu dalam bidang metafizik, geografi, sains Tabii, dan sebagainya. Ikhwan juga, sangat popular pada masa tersebut dan telah menyebarkan pengaruh yang besar kepada masyarakat umum.
2.1. Karya dan Tulisan
Falsafah Ikhwan al-Safa disebarkan melalui Risalah Ikhwan al-Safa, yang mana pengaruh Risalah Ikhwan al-Safa cukup besar dalam kelanjutan transformasi falsafah Yunani ke dunia Islam. Walaupun mendapat tentangan keras dari golongan agama, termasuk kelompok Mutakallim ( teologi ) yang menolak penakwilan al-Quran dan Hadis bahkan kalangan silfus sendiri memandang aneh falsafah yang dikembangkan oleh Ikhwan al-Safa dan hanya sesuai untuk orang awam .
Falsafah Ikhwan al-Safa disebarkan melalui Risalah Ikhwan al-Safa, yang mana pengaruh Risalah Ikhwan al-Safa cukup besar dalam kelanjutan transformasi falsafah Yunani ke dunia Islam. Walaupun mendapat tentangan keras dari golongan agama, termasuk kelompok Mutakallim ( teologi ) yang menolak penakwilan al-Quran dan Hadis bahkan kalangan silfus sendiri memandang aneh falsafah yang dikembangkan oleh Ikhwan al-Safa dan hanya sesuai untuk orang awam .
Matlamat buku Rasail Ikhwan al-Safa diterbitkan adalah diatas satu matlamat iaitu mereka melihat dan mengetahui bahawa tidak akan mencapai apa yang diinginkan tentang kesempurnaan dirinya di dunia ini dan kejayaan serta keselamatan akhirat kelak kecuali dengan kerjasama di antara setiap seorang daripada mereka dengan para saudaranya yang lain. Disini jelas menunjukkan Ikhwan al-Safa bukan sekadar mengumpul fakta atau kekadar keinginan untuk membentuk kumpulan tersendiri, namun, untuk mencapai keselamatan dan kebebasan rohani.
Penemuan –penemuan yang diselenggarakan kelompok Ikhwan Al-Safa’ menghasilkan karya tulisan sebanyak 52 risalah, dan di klasifikasikan menjadi empat bidang:
a) 14 Risalah tentang Matematik, yang merangkumi Geometri, Astronomi, Muzik, Geografi, Seni, Modal, dan Logik.
b) 17 Risalah tentang Fizik, Ilmu Alam, yang merangkumi Geneologi, Mineralogi, Botani, hidup, dan matinya alam, keterbatasan manusia, dan kemampuan kesedaran.
c) 10 Risalah tentang ilmu jiwa, merangkumi metafizik, Pytagoreanisme dan kebangkitan alam.
d) 11 Risalah tentang ilmu ketuhanan, meliputi kepercayaan dan keyakinan, hubungan alam dengan Allah, akidah mereka, kenabian dan keadaanya, tindakan rohani, bentuk politik, kekuasaan Allah, magik dan azimat.
d) 11 Risalah tentang ilmu ketuhanan, meliputi kepercayaan dan keyakinan, hubungan alam dengan Allah, akidah mereka, kenabian dan keadaanya, tindakan rohani, bentuk politik, kekuasaan Allah, magik dan azimat.
3. FALSAFAH GNOSTISISME MENGIKUT IKHWAN AL-SAFA
3.1 Falsafah Nombor Ikhwan al-Safa
Ikhwan al-Safa tidak bersetuju dengan pendapat yang dikemukan oleh Pythagoras tentang angka satu kerana bagi Pythagoras satu ialah bilangan yang paling awal. Namun bagi Ikhwan al-Safa bilangan terbahagi kepada dua, pertama ialah pembilang, iaitu satu. Sementara keduanya ialah dibilang ialah selain daripadanya. Semua bilangan terbentuk dengan menambah satu atas bilangan asal. Sebagaimana contoh empat adalah terhasil apabila tiga di tambah dengan satu. Manakala dua pula terhasil apabila satu ditambah dengan satu. Maka, sebab itulah Ikhwan berpendapat dua ialah bilangan yang paling awal.[4]
Bagi mereka ilmu hitung merupakan ilmu yang mulia jika di bandingkan dengan ilmu pancaindra ( empirikal ) kerana tergolong ilmu ketuhanan. Angka satu merupakan dasar segala wujud dan asas kepada kewujudan ilmu jisim. Huruf Hijaiyah yang 28 hasil perkalian empat dan tujuh. Angka tujuh mengandungi nilai kesucian sedangkan angka empat menepati posisi penting dalam segala hal yang tergambar paada ciptaan Allah. Terhadap segala sesuatu di alam ini. Seperti 4 penjuru angin, 4 musim dan sebagainya.[5] Di samping itu juga
Bagi mereka ilmu hitung merupakan ilmu yang mulia jika di bandingkan dengan ilmu pancaindra ( empirikal ) kerana tergolong ilmu ketuhanan. Angka satu merupakan dasar segala wujud dan asas kepada kewujudan ilmu jisim. Huruf Hijaiyah yang 28 hasil perkalian empat dan tujuh. Angka tujuh mengandungi nilai kesucian sedangkan angka empat menepati posisi penting dalam segala hal yang tergambar paada ciptaan Allah. Terhadap segala sesuatu di alam ini. Seperti 4 penjuru angin, 4 musim dan sebagainya.[5] Di samping itu juga
Ikhwan al-Safa juga mengaitkan nombor tujuh dengan pelbagai misteri fenomena dari segi agama, falsafah, dan saintifik.[6] Nombor tujuh dianggap begitu mistik dan berpengaruh bagi Ikhwan al-Safa.
Ikhwan al-Safa telah mengkelaskan nombor kepada empat (4) martabat: unit (ahad), puluhan (‘asyarat), ratusan (mi’at) dan ribuan (uluf).[7] Hukama juga mengkelaskan nombor kepada empat (4) jenis: nombor bulat (al-sahih), nombor pecahan, nombor genap dan nombor ganjil. Sistem gandingan empat (4) (murabbaat) boleh diperhatikan di dalam alam ciptaan Allah seperti (panas, kering, basah dan sejuk), (air, api, udara, tanah), (musim panas, sejuk, gugur, bunga) dan lain-lain. Keseluruhan nombor hanya berasal daripada empat (4) nombor 1,2,3 dan 4. Gabungan keempat-empat nombor tersebut menjana seluruh nombor yang lain
3.2 Emanasi (limpahan Tuhan)/ Hierarki kewujudan ( al-faidh)
Falsafah Ikhwan al-Safa terpengaruh oleh Pythagoras dan Plotinus. Menurut mereka, Allah adalah pencipta dan mutlak Esa. Dengan kemahuan sendiri Allah menciptakan akal pertama ( akal aktif ). Kemudian Allah menciptakan jiwa dengan perantaraan akal. Selanjutnya Allah menciptakan jisim pertama ( al-hayula al-ula ) . Dengan demikian, kalau Allah qadim, lengkap, dan sempurna ,maka akal pertama ini juga halnya. Pada akal pertama lengkap segala potensi yang akan muncul pada wujud berikutnya. Sememtara jiwa terciptanya secara emanasi dengan perantaraan akal, maka jiwa qadim dan lengkap, tetapi tidak sempurna.sama juga dengan jisim pertama kerana terciptanya secara emanasi dengan perantaraan jiwa, maka jisim pertama adalah qadim, tidak lengkap dan tidak sempurna. Jadi Allah berhubung dengan alam jisim secara langsung sehingga kemurnian tauhid dapat terpelihara dengan sebaik-baiknya.
Secara ringkas proses emanasi seperti berikut:
1. Pencipta
2. Akal aktif atau akal pertama ( al-‘aql al fa’al )
3. Jiwa universal ( al-nafs al-kulliyat )
4. Jisim pertama ( al-hayula al-ula )
5. Alam aktif ( al-thabiat al fa’ilat )
6. Jisim mutlak atau Jisim kedua ( al-jism al-muthlaq )
7. Alam planet-planet ( a’lam al aflak )
8. Unsur-unsur alam terendah ( ‘anasir al-alam al-sufla ), iaitu air, udara, tanah dan api.
9. Jisim gabungan, yang terdiri dari mineral, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sementara itu, manusia termasuk dalam kelompok haiwan yang berbicara dan berfikir.
Selaras dengan prinsip matematik Ikhwan al-Safa, sembilan perkara diatas bernama zat Allah secara mutlak maka sempurnalah bilangan menjadi sepuluh.[8] Angka sembilan membentuk bahan organik pada tubuh manusia yakni tulang, sumsum, daging, urat, darah, saraf, kulit, rambut dan kuku. Proses penciptaan secara emanasi menurut Ikwan al-Safa’ terbahagi kepada dua iaitu, pertama penciptaan sekaligus.( Daf’ atan Wahidah ) di sebut juga alam rohani (akal aktif, jiwa universal, jisim pertama, ) dan kedua penciptaan secara beransur-ansur ( Tadrij ) di sebut juga alam jasmani (jisim mutlak dan seterusnya ) mengambil masa panjang untuk membentuk perubahan dalam masa seperti penciptaan alam dalam masa enam hari. Tentang alam bagi Ikhwan al-Safa alam tidak qadim tapi baharu. Ini menurut mereka diciptakan Allah dengan cara emanasi secara beransur-ansur , hal ini adalah kerana alam semesta mempunyai awal dan berakhir pada suatu masa yang tertentu.
Salah satu pemikiran Ikhwan yang paling mengkagumkan iaitu lapan proses emanasi kerana telah mendahului teori yang dikemukakan oleh Charles Darwin (1809-1882 ) tentang rangkaian kejadian alam secara evolusi. Darwin dalam biologinya hanya beranggapan bahawa manusia berasal dari monyet, sedangkan Ikhwan al-Safa’ membicarakan tentang emanasi dan evolusi. Dalam rangkaian evolusinya mereka menyebutkan alam mineral, alam tumbuh-tumbuhan ,alam haiwan dan alam manusia merupakan masalah yang sambung-menyambung. Masing-masing dari alam ini yang mempunyai hubungan langsung dengan alam berikutnya yang mempunyai darjat terendah seperti alam mineral darjat tertinggi mempunyai hubungan langsung dengan alam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai darjat terendah dan alam tumbuh-tumbuhan, alam haiwan, dan alam manusia yang mana saling berkaitan antara satu sama lain.
3.3 Teori Jiwa
Jiwa manusia berasal dari jiwa universal. Perkembanganya dipengaruhi jiwa yang mengitainya. Agar jiwa tidak kecewa dalam perkembanganya, maka jiwa dibantu oleh akal,yang merupakan daya bagi jiwa untuk berkembang. Pengetahuan diperoleh melalui proses berfikir. Anak-anak pada mulanya seperti kertas putih yang bersih dan belum ada coretan. Lembaran putih tersebut akan tertulis dengan adanya tanggapan pancaindra yang menyalurkan ke otak bahagian depan yang memiliki daya imaginasi ( al-quwwat al-mutkhayyilat ).
Dari sini meningkat kedaya berfikir ( al-quwwar al-mutafakkirat ) yang yang terdapat pada otak bahagian tengah. Pada peringkat ini manusia sanggup membezakan antara benar dan salah. ,antara baik dan buruk. Setelah itu disalurkan ke daya ingatan ( al-quwwat al-hafizhat ) yang terdapat pada otak bahagian belakang. Pada tingkat ini seseorang telah sanggup menyimpan hal-hal abstrak yang di terima oleh daya berfikir. Tingkatan terakhir adalah dengan daya berbicara ( al-quwwat al-natiqah ) yaitu kemampuan mengungkapkan fikiran dan ingatan itu melalui tutur kata yang bermakna kepada pendengar. Manusia selain mempunyai indra zahir, juga memiliki indra batin yang berfungsi mengolah hal-hal yang ditangkap oleh indra zahir sehingga melahirkan konsep-konsep.
Dalam tubuh, jiwa manusia memiliki tiga jenis antaranya ialah
a) Jiwa tumbuhan : jiwa ini dimiliki oleh semua benda hidup :tumbuhan , haiwan dan manusia. Jiwa ini terbahagi kepada tiga daya : makanan, tumbuhan dan reproduksi.
b) Jiwa haiwan : jiwa ini hanya di miliki oleh haiwan dan manusia sahaja. Ia terbahagi kepada dua daya :penggerak dan sensasi ( persepsi dan emosi. )
a) Jiwa tumbuhan : jiwa ini dimiliki oleh semua benda hidup :tumbuhan , haiwan dan manusia. Jiwa ini terbahagi kepada tiga daya : makanan, tumbuhan dan reproduksi.
b) Jiwa haiwan : jiwa ini hanya di miliki oleh haiwan dan manusia sahaja. Ia terbahagi kepada dua daya :penggerak dan sensasi ( persepsi dan emosi. )
c) Jiwa manusia : jiwa ini hanya dimiliki manusia . Jiwa yang menyebabkan manusia berfikir dan berbicara.
Jiwa manusia adalah ciptaan Allah yang paling agung kerana membezakan antara manusia dan benda lain di atas muka bumi ini adalah akal fikiran yangmana tidak di anugrahkan kepada makhluknya yang lain. Sementara itu tentang kebangkitan di akhirat,ikhwan sama pendapat dengan pendapat filosof muslim iaitu kebangkitan berbentuk rohani. Surga dan neraka difahami dengan makna hakikat. Syurga .adalah kesenangan dan neraka adalah penderitaan.
3.4 Metafizik
Ikhwan menggunakan pemahaman istilah nombor untuk memahami ilmu ketuhanan iaitu sebagai asas dalam memahami ilmu ketuhanan. Menurut mereka ilmu ketuhanan adalah“ lidah ” yang mempercakapkan tauhid, al-Tanzih, dan meniadakan sifat dan tasbih serta dapat menolak atas orang yang mengingkari keesaan Allah, dengan kata lain, pengetahuan tentang angka akan membawa pada pengakuan tentang keesaan Allah kerana apabila angka itu rosak maka rosaklah kesemuanya. Sebagai contoh, angka satu wujud lebih awal daripada angka dua dan angka yang lain. Mustahil angka dua boleh diwujudkan tanpa angka satu kerana angka dua terhasil apabila satu ditambah dengan satu akan menghasilkan dua. Ini menunjukkan angka lain terhasil selepas angka satu, Maka terbuktilah Yang maha Esa ( Allah ) lebih dahulu dari yang lain.
Tentang adanya Allah menurut Ikhwan adalah benda yang mudah dan nyata kerana fitrah manusia dapat mengenal Allah, kerana setiap benda yang wujud akan memberi kesimpulan adanya Allah. Ikhwan al-Safa bersependapat dengan Muktazilah mengenai sifat Allah tidak sama dengan makhluknya berdasar kepada firman Allah “ Laisa kamislih syai’ ”. Manakala mengenai ilmu Allah mereka katakan bahawa seluruh pengetahuan berada dalam ilmu Allah sebagaimana bilangan banyak datangnya dari yang satu yang meliputi seluruh bilangan. Demikian juga ilmu Allah terhadap segala yang ada.
4 Analisa kajian
Secara analisisnya dapat kita katakan disini ialah, Ikhwan al-safa mempunyai motif murni dan tersendiri dalam dalam menyebar falsafah Gnostisismenya. Hal ini kerana inisiatif kumpulan tersebut untuk mengembalikan masyarakat ke tahap yang lebih maju akibat kemunduran yang jelas berlaku di zaman Kerajaan Abbasiah. Bahkan rakyat hidup dalam serba menderita kerana pemimpin hanya sibuk mengumpulkan harta kekayaan untuk dirinya sendiri.
Oleh itu, Ikhwan al-Safa telah membentuk satu kumpulan rahsia yang bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan semenjak teologi Muktazilah di hapuskan sebagai mazhab negara oleh Sultan al-Mutawakkil. Apa yang jelas kumpulan ikwan as-safa’ ingin manisia pada zaman mereka bertamadun dan mempunyai harga diri dan tidak tunduk kepada pemerintah yang zalim dan kejam. Pemerintah yang tidak bertanggung jawab pada zaman mereka telah menyababkan manusia hina dan di cemari dengan akhlak yang buruk.
Kesan daripada peristiwa inilah Ikhwan merebut peluang untuk cuba memberi semangat baru kepada masyarakat. Pendekatan yang dilakukan beliau ialah beliau menggunakan segala ilmu yang ada pada ahli falsafah terdahulu dan diterjemahkan dengan menggunakan fahaman tersendiri namun berlandas kepada syariat islam. Bahkan, hasil kerja berkumpulan inilah yang menyebabkan wujudnya pelbagai bidang ilmu, hasil kemahiran yang ada pada sesetengah ahli kumpulan mereka.
Jadi, penggunaan falsafah Gnostisisme dalam Ikhwan al-Safa dianggap suatu usaha murni untuk membantu masyarakat mencapai kemajuan. Hasilnya pelbagai bidang ilmu mereka yang luas di garap dan di sebar melalui risalah mungkin pada zaman mereka masyarakat gemar membaca maka ikhwan mengambil inisiatif menggunakan jalan ini sebagai asas melaksanakan niat murni mereka. Risalah tersebut dinamakan Risalah Ikhwan al-Safa, yang telah membuka minda dan hati masyarakat untuk menuntut ilmu.Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemikiran Ikhwan al-Safa juga ada menyelitkan unsur tahyul dan batiniah. Oleh itu, masyarakat umum perlulah berhati-hati dan ambillah ilmu yang masih dianggap relevan sahaja seperti fizik, kimia, geografi dan sebagainya.
5 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Ikhwan al-Safa merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada falsafah Islam yang berjuang untuk memasyarakatkan suasana pada zaman tersebut. Usaha beliau untuk mengharmonikan antara agama dan falsafah dianggap satu usaha yang berani tatkala banyak pihak menentang termasuk golongan Mutakalllimin yang menganggang Ikhwan al-Safa berusaha menyatukan antara agama Islam dan falsafah Greek dan Yunani. Hal ini kerana banyak pemikiran dan falsafah beliau diambil dariapda Aristotle dan Plato serta ramai lagi ahli falsafah Greek. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan Ikhwan al-Safa menggunakan unsur Gnostisisme yang jelas dianggap Imam al-Ghazali sebagai ilmu yang sesat.
Bahkan, Ikhwan al-Safa juga dalam falsafahnya banyak menimbulkan kontroversi dengan menggunakan dan mempercayai ilmu tahyul, mistik dan batiniaah. Antara perkara yang mencetuskan persengketaan ialah teori emanasi atau limpahan Tuhan yang diunjurkan jelas bertentangan dengan konsep sudur al-Farabi. Selain itu, Ikhwan al-Safa juga mengamalkan pluralism dalam agama dan menganggap semua agama adalah sama. Perkara itu jelas bertentangan dengan agama Islam sahaja yang layak dianggap sebagai agama yang diredhai Allah.
Tetapi, kami merasakan tidak layak bagi kami mengkritik pemikiran dan falsafah yang dibawa oleh Ikhwan al-Safa kerana ilmu kami yang tersangat kurang berbanding kumpulan tersebut. Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa Ikhwan al-Safa telah berjaya membawa impak yang besar dalam dunia falsafah Islam.
Setakat ini sajalah catatan yang mampu kami lakukan sedaya yang untuk tugasan yang diberi pada kali ini. Mungkin tugasan kami ini tidak mampu mencapai tahap perbincangan sebenar tetapi kami telah melakukan semaksima yang mungkin untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Diharapkan semoga tugasan kami ini dinilai dengan sempurna dan segala kelemahan serta kekurangan kami mohon ampun kerana kami hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Akhir kalam, hanya kepada Allahlah kita memohon petunjuk dan Dialah yang member taufiq kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya.
[1] Muhammad Imarah, 1999, hlm 33.
[2] Hasyim Syah Nasution, 1999,hlm 45.
[3] Ismail as-Syarafa, 2005, hlm 38
[4] “And since number are the projection of number one, the Rasa’il do not consider one itself to be the beginning of numbers. They believe two to be the first number and unity itself the origin and principle of all numbers”. (Nasr, Seyyed Hossein, An Introduction to Islamic Cosmology Doctrines, United States of America: State University of New York Press, 1993, hlm 49)
[5] “….the Bretheren manifested a particular reverancefor the number four, a reverence which transcendedthe sphere of pure mathematics : they drew attention , for example , to the four seasons, four winds, four directions, and four Empedoclean elements.” (Nasr. Seyyed Hossein, History of Islamic Philosophy Part One, Great Britain: Biddles Short Run Books,1996,hlm 224)
[6] “ They identify seven kinds of triangle, seven moving planets, seven major regions or divisions of the earthand seven kinds of natural science.” (Netton, Ian Richard, Seek Knowledge: Thought and Travel in the House of Islam, Oxon: LaserScript Ltd, 1996,hlm 28)
[7] “….the Ikhwan divide numbers into four groups: unities, dozens,hundreds and thousands (much like the Chinese) and relate this fourfold division to the fourfold division which they see everywhere in nature.” (Nasr, Seyyed Hossein, An Introduction to Islamic Cosmology Doctrines, United States of America: State University of New York Press, 1993, hlm 50)
[8] “ Having divide the latter category itself into nine “states of being”, since 9, by virtue of coming at the end the series of numbers.” (Nasr, Seyyed Hossein, An Introduction to Islamic Cosmology Doctrines, United States of America: State University of New York Press, 1993, hlm 52)
No comments:
Post a Comment