Saturday, March 5, 2011

HERBERT FEIGL


1.      PENDAHULUAN

Kehidupan seharian  manusia secara signikannya dipengaruhi oleh falsafah sama ada secara langsung dan tidak langsung. Ia bergantung sejauh mana dia terlibat dengan aktiviti falsafah atau sejauh mana pemikirannya dipengaruhi oleh corak pemikiran falsafah di sekelilingnya. Semenjak dahulu lagi masyarakat umumnya mengetahui ahli-ahli falsafah yang tersohor bermula dari zaman Greek hinggalah sekarang. Oleh itu, saya telah diamanahkan untuk menyiapkan tugasan saya berkenaan dengan seorang ahli falsafah Eropah yang terkemuka iaitu Herbert Feigl.
Secara umumnya, beliau telah banyak terlibat dalam pemikiran falsafah semenjak kecil lagi. Beliau merupakan antara tokoh ahli falsafah yang amat digeruni sebaris Elbert Einstein. Dalam kertas kerja ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang beliau  bermula daripada latar belakang hinggalah kejayaan-kejayaannya sepanjang digelar ahli falsafah tersohor. Kertas kerja ini juga akan merungkaikan antara karya-karya dan pemikirannya semasa hidupnya untuk kita sama berfikir sama ada pemikirannya boleh diterima atau tidak.
                  Di akhir kertas kerja ini saya akan memberi sedikit pendapat berkenaan pendapat beliau secara umum mengikut apa yang telah saya fahami. Setelah lama dijalankan kajian terhadap tokoh ini, akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya tepat pada masanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih Ustazah Wan Fariza Alyati Binti Wan Zakaria yang telah banyak member tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang turut membantu secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga kajian yang telah saya siapkan ini menepati criteria sebenar.

2.      LATAR BELAKANG/BIOGRAFI

2.1.   Latar belakang diri dan keluarga

Herbert Feigl merupakan seorang ahli falsafah Austria dan merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau dilahirkan pada 14 Disember 1902 Reichenberg(Liberec),Austria. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, wilayah ini telah menjadi sebahagian dari Czechoslovakia yang dikenali  sebagai Sudetenland[1]. Ibu bapa Feigl merupakan Yahudi tetapi tidak beragama. Ayahnya seorang atheis. Pada asalnya ayahnya merupakan seorang penenun kain dan kemudian terbabit sebagai pengeluar kain dan tekstil. Ayah Feigl,bernama Otto dan merupakan seorang ahli industri yang hebat. Manakala ibunya terlibat dalam bidang seni dan merupakan pemain piano amatur.   

Pada tahun 1931,Feigl berkahwin dengan kekasih hatinya yang bernama Maria Kaspar. Isterinya  merupakan seorang ahli psikologi pada waktu itu. Setelah itu beliau dan isterinya telah berpindah ke Amerika Syarikat. Di sana beliau telah diberi tanggungjawab sebagai seorang pensyarah dalam bidang falsafah di State Universiti of Iowa pada tahun tersebut. Pasangan Feigl dan Maria dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Eric Otto pada tahun 1933. Anaknya diwaktu dewasa telah menjadi Professor Falsafah di University of Washingston

Pada  tahun berikutnya beliau telah dinaikkan pangkat menjadi pembantu profesor di universiti yang sama. Pada tahun 1938 pula, beliau diangkat menjadi profesor falsafah di Universiti Minnesota selama 2 tahun. Sebelum itu, beliau telah memdapat kerakyatan Amerika Syarikat pada tahun 1937 secara naturalisasi dan telah menetap disana selama 31 tahun. Beliau bersara dalam bidang yang diceburinya pada tahun 1971 dan telah meninggal dunia pada 1 Jun 1988 di Minneapolis akibat menghidapi penyakit kanser, kemudian dituruti isterinya, Maria pada 13 .Februari 1989.
2.2   Latar Pendidikan dan Kerjaya

Herbert Feigl merupakan seorang tokoh yang antara tokoh falsafah yang terkenal di zaman. Proses pendidikannya juga amat menarik untuk dibincangkan secara mendalam. Sebenarnya semenjak remaja lagi beliau berminat dan tertarik dengan pengaruh-pengaruh pemikiran pada waktu tersebut seperti Elbert Einstein. Ketika berumur 16 tahun beliau telah menjumpai sebuah risalah hasil tulisan Elbert Einstein mengenai teori kerelatifan  dan penasaran. Karya tersebut diterbitkan pada tahun 1905, Einstein telah mengemukakan pandangan baru tentang ruang dan waktu, namun ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa gerak mutlak tidak ada. Disebabkan hal tersebut, Feigl bercita-cita untuk membuktikan teori tersebut.
          
Oleh itu, beliau mula membuat kajian dalam bidang matematik dan fizik dengan penuh semangat. Pada tahun 1921, beliau telah memilih Universiti Munich untuk melakukan kajian dengan lebih lanjut selama 1 tahun sebagai pelajar. Setelah membaca sebuah karya oleh Edgar Zilser, Feigl memutuskan untuk mendapatkan gelaran dalam bidang falsafah. Salah satu mentornya  sepanjang  tahun pertama di sana adalah Moritz Schlick[2], yang merupakan pensyarah di Universiti Vienna. Feigl mengikuti segala pemikirannya dan dijadikan tempat membuat rujukan.

Pada tahun 1922, Feigl telah Berjaya memenangi anugerah hasil tulisan pertamanya yang bertajuk “ The Philosophical Significance of Einstein’s Theory of Relativity”. Pada tahun 1924, Feigl telah menyertai dalam perbincangan mingguan bersama Schlik dan ahli falsafah lain dan kumpulan tersebut dikenali sebagai “Lingkaran Vienna[3]”. Disebabkan pemikiran dan idea beliau yang bernas sehingga menjadikannya terkenal. Pada tahun 1927, beliau telah dianugerahkan Ijazah Ph.D. Beliau mula mengajar di Vienna’s Volkshochschule sehingga menjadi terkenal dalam bidang falsafah. Bidang yang diajarnya lebih berkaitan astronomi.
Disebabkan pemikirannya yang bernas, kelasnya sentiasa mendapat perhatian dan ianya secara tidak langsung membolehkannya mengikuti perkembangan dalam bidang falsafah dengan lebih lanjut. Beliau telah menerbitkan buku pertamanya pada tahun 1929 yang bertajuk “Theory and Experience in Physics”.

Pada tahun 1930, beliau telah berhijrah ke Amerika Syarikat atas arahan Ricketeller Foundation[4] dan di sana bertugas sebagai pensyarah falsafah di Harvard Universiti, kemudian bertukar ke Universiti Iowa pada tahun berikutnya. Pada tahun 1931 Feigl bergabung dengan Jabatan Falsafah di Universiti Iowa sebagai pensyarah.  pada 1941 ia menerima pelantikan sebagai profesor falsafah di Universiti Minnesota. Beliau  kemudian dilantik sebagai  Pengarah Pusat Minnesota untuk Falsafah Sains, dan jawatan tersebut dipegangnya sehingga tahun 1988, tahun beliau meninggal.
          
  Feigl adalah penyokong utama positivisme logik. Dia juga telah banyak memberikan sumbangan secara signifikan dalam bidang materialisme kontemporari. Tidak seperti ahli falsafah lain, Feigl menggangap materialisme merupakan teori yang benar dan tepat. Dalam karyanya tentang teori pusat-negara materialisme, ia banyak menggunakan kaedah psikologi fisiologi.

            Sebahagian besar Koleksi Herbert Feigl terdiri koresponden dan naskah. koresponden Feigl's termasuk pertukaran dengan Bar-Hillel, Carnap, Einstein, Frank, Hempel, Hook, Neurath, Oppenheim, Reichenbach, Russell, dan lain-lain pemikir abad kedua puluh. koresponden tidak hanya mempunyai maklumat yang berharga pada pandangan Feigl, tetapi juga berfungsi sebagai dokumentasi penting hasil daripada perkembangan falsafah orang lain .

Koleksi ini mengandungi naskah buku penting oleh Lahir, Carnap, Oppenheim, Popper, Reichenbach, Stegmüller, dan lain-lain. Selain itu, ada nota, kuliah, dan kertas lain. Nota Feigl ini merangkumi pelbagai topik dalam ilmu alam, matematik, dan falsafah. Banyak diterbitkan dan tidak diterbitkan kuliahnya dan menangani kertas dengan isu-isu sosial dan masalah falsafah dalam psikologi. Inventarisasi untuk koleksi sedia baik dalam “hard copy” dan dalam talian.
Koleksi Feigl yang asli ditempatkan di Universiti Minnesota, yang telah dilindungi oleh universiti  tersebut. Untuk mengeluarkan atau menerbitkan sesuatu artikel atau buku berkaitan dengan koleksi tersebut mestilah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pihak universiti.

    2.3   Karya-Karya Herbert Feigl
            2.3.1  Karya Utama
·         The Mental and Physical
       Karya ini merupakan hasil utama pemikiran Herbert Feigl yang mana di dalamnya  terkandung dan dibahagikan kepada aspek-aspek pebincangan tertentu. Karya ini membincangkan tentang aspek mental dan fizikal. Herbert Feigl cuba membuktikan perkara yang bersabitan dengan mental untuk di terjemahkan ke dalam fizikal. Maknanya, beliau tidak menerima sesuatu yang bersifat metafizik[5] sahaja, tetapi perkara tersebut mestilah dapat dibuktikan dengan kajian secara empirikal. Seperti yang telah dijelaskan di atas, Herbert Feigl merupakan penyokong kuat teori positivism.
·         Theory and Experience in Physics
       Ini ialah buku pertama yang diterbitkan oleh Herbert Feigl pada tahun 1929. Dalam buku tersebut Feigl membawa satu pemikiran yang berkaitan dengan falsafah yang dipegangnya. Karya ini menerangkan antara kaitan teori dan pengalaman dalam persoalan fizik. Beliau mengatakan sesuatu ilmu atau teori akan dapat diterima jika terdapat pembuktian dari segi fizik,itulah yang dikatakannya dengan pengalaman fizik.
2.3.2   Karya-Karya Lain

·         Current Issues In The Philosophy Of Science.
·         Logical Positivism. A new Movement in European Philosophy.
·         The philosophy of science
·         Scientific Explanation, Space, and Time. Minnesota Studies in the Philosophy of Science Volume III.
·         Concepts, Theories, and the Mind-Body Problem. Minnesota Studies in the Philosophy of Science Volume 2.
·         new readings in philosophical analysis
·         The foundations of science and the concepts of psychology and psychoanalysis
·         The "mental" and the "physical": the essay and a postscript

3.      FALSAFAH DAN PEMIKIRAN HERBERT FEIGL.

3.1  Teori positivisme/empirisme
Pengajaran utama dalam logika positivisme[6] dikembangkan pada tahun 1920 oleh Herbert Feigl, Moritz Schlich, Kurt Gödel, Hans Hahn, Otto Neurath, Friedrich Waismann, Rudolf Carnap and kelompok lain yang sering disebut Lingkaran Viena. Logik positivisme bolehlah dikatakan sebagai falsafah empirik yang radikal, dan para ahlinya  percaya bahawa hal ini merupakan awal babak baru dalam penyelidikan falsafah. Tujuan dari seluruh analisis falsafah adalah analisis logik  dari ilmu yang dinyatakan sebagai positif, atau empirik, yang merupakan label dari logik positivisme.
Tugas pertama bagi logik positivisme adalah mendefinisikan apa yang menjadi tuntutan dalam penyusunan suatu ilmu pengetahuan. Hasilnya adalah untuk menganalisis bentuk logik dari suatu pernyataan. Menurut Feigl lagi, sesuatu ilmu bukan hanya bersifat definisi dan maksud sahaja tetapi mestilah dapat dibuktikan secara empirik. Analisis falsafah yang menggunakan pernyataan seperti itu mungkin sebagai ekspresi sikap emosi, atau sikap umum mengenai kehidupan, atau nilai moral, tetapi tidak dapat dinyatakan sebagai ilmu pengetahuan.
Untuk menjalankan program ini, para pengikut logik positivisme memerlukan kriteria yang objektif yang dapat membezakan antara pernyataan sintetik yang tidak bermakna. Salah satu pemikiran awal untuk menjawabnya adalah mengemukakan prinsip yang dapat dipastikan : pernyataan hanya bermakna bila dapat dipastikan. Sayangnya, pernyataan dalam bentuk sejagat(seperti: semua burung gagak berwarna hitam), yang sering digunakan dalam ilmu pengetahuan ternyata tidak dapat dipastikan.
Program akhir dari para ilmuwan positivi adalah menggabungkan tesis dalam ilmu pengetahuan, iaitu semua ilmu pengetahuan dapat memanfaatkan metod atau cara yang sama. Pada tahun 1930,sewaktu Hitler berkuasa dan telah memerangi para intelektual dan telah menjadi penyebab utama perpecahan dalam kelompok Lingkaran Vienna. Selepas itulah Herbert Feigl memperjuangkan teori tersebut dan memperkenalkan istilah positivisme. Akhirnya logik positivisme mengalami perubahan dan akhirnya digantikan selama dua kurun dengan bentuk yang lebih matang dari pengajaran para positivi yang disebut logik empirisme (logical empiricism). Dikelompokkan melalui adanya perbezaan dalam membuat analisis, ahli falsafah yang mempunyai sumbangan pemikiran adalah Carnap, Ernest Nagel, Carl Hempel, dan Richard Braithwaite.


Ada enam program pengajaran utama dalam logik empirisme. Program pertama adalah menyatukan tesis ilmu pengetahuan. Tiga program berikutnya adalah berhubungan dengan struktur dan tafsir terhadap teori. Model hipotetik-deduktif (hypothetical-deductive) dari struktur teori menyatakan bahwa setiap ilmu pengetahuan mempergunakan teori, yang dinyatakan dalam bentuk formal seperti aksioma, struktur dari hipotetik-deduktif seperti itu tidak mempunyai erti empirik sampai beberapa elemennya (biasanya kesimpulan teori) diberi interpretasi empiric melalui penggunaan aturan yang sesuai. Tidak semua pernyataan mempunyai interpretasi empirik. Yang hanya mengandung terminologi teori, pada khususnya, tidak dapat diinterpretasikan.
Makna dalam suatu pernyataan disesuaikan dengan tesis yang dapat diuji secara langsung dari pernyataan tersebut. Pernyataan seperti itu mendapat nilai nyata kognitif secara tidak langsung jika teori yang menyertainya dapat memperkuat. Akhirnya, memperhatikan pernyataan tentang batas dan pengkajian teori, logik empirik membentuk kepastian sebagai kriteria utama dalam pentafsiran teori. Teori mempunyai erti ilmiah jika dapat diuji. Pengujian segera dapat mengesahkan atau membatalkan suatu teori. Penerimaan suatu teori tergantung dari darjat pengesahannya. Darjat pengesahan diukur dari:
- suatu kuantiti dan ketelitian dari hasil pengujian yang dilakukan
- ketelitian prosedur kajian dan pengukuran,
- pelbagai bukti yang wujud, dan bahkan
- keadaan  kajian yang bersandarkan kepada  hipotesis.
Kriteria non-empirik tambahan dalam pentafsiran (seperti: kesederhanaan, kebagusan, bermanfaat, berlaku umum, dapat dikembangkan) perlu diungkapkan jika teori yang dipilih belum mempunyai dasar empirik. Dua pengajaran terakhir dari logik empirisme membahas logik dari penjelasan ilmiah. Semua penjelasan dalam ilmu pengetahuan harus dinyatakan dalam bentuk bukti deduktif.

Idea para ilmuwan positivi mendapat tentangan yang hebat pada pertengahan abad ke-20. Sayangnya dalam dunia ilmiah ada tingkatan observasi dan tidak ada batasan yang jelas antara terminologi teori yang mengacu pada hal yang tidak dapat diobservasi dan terminologi bukan teori yang mengacu pada hal yang dapat diobservasi. Lebih jauh lagi, karena hal yang berhubungan dengan observasi ini bukan aktivitas yang netral tetapi memerlukan pemilihan data dan interpretasi, maka ada yang berpendapat (dari kritik yang disampaikan Karl Popper[7]) bahawa semua observasi tergantung dari teori.
Salah satu teori positivisme logik yang paling dikenal antara lain teori tentang makna yang dapat dibuktikan, yang menyatakan bahwa sebuah pernyataan dapat disebut sebagai bermakna jika dan hanya jika pernyataan tersebut dapat dibuktikan secara empirik. Konsekuensi dari pendapat ini adalah, semua bentuk perbincangan yang tidak dapat dibuktikan secara empirik,  maka perkara tersebut dianggap tidak benar dan tepat. Ianya mestilah dibuktikan dengan empirik. Inilah gagasan teori yang dibawa oleh oleh ahli positivisme terutamanya Herbert Feigl.
 

4.      ANALISA DAN KESIMPULAN

Secara umumnya,  empirisme ialah ilmu falsafah yang mengajarkan bahawa sesuatu ilmu pengetahuan yang benar ialah yang logik dan dapat dibuktikan secara empirik. Empirisme adalah cara pandang bahwa ilmu pengetahuan diturunkan dari pengalaman yang kita alami selama hidup kita. Di sini, pernyataan ilmiah bererti harus berdasarkan dari pengamatan atau pengalaman. Hipotesis ilmiah dikembangkan dan diuji dengan metode empirik, melalui berbagai pengamatan dan eksperimen.
Setelah pengamatan dan eksperimentasi ini dapat selalu diulang dan mendapatkan hasil yang konsisten, hasil ini dapat dianggap sebagai bukti yang dapat digunakan untuk mengembangkan teori-teori yang bertujuan untuk menjelaskan fenomena alam. Herbert Feigl menolak perkara berkaitan metafizik dengan alasan bahwa permasalahan yang dibahas dalam metafizik  adalah permasalahan yang berada di luar batas pengalaman manusia sehingga tidak dapat dibuktikan kebenarannya secara empirik. Hal ini amat tidak bertepatan dengan kaedah ilmu sebenar. Tidak semua ilmu semestinya dapt dibuktikan dengan empiric dan y
Jadi, saya berpendapat budaya pemikiran Herbert Feigl tidak dapat diterima khususnya bagi orang Islam kerana telah menolak persoalan yang berkaitan Metafizik yang tidak dapat dibuktikan. Persoalan ketuhanan contohnya tidak boleh ditolak walaupun tidak boleh dibuktikan secara empiric atau ujikaji. Oleh itu, teori pemikiran Herbert Feigl tidak saya setuju sama kerana jelas bercanggah dengan nilai keagamaan yang mempercayai kewujudan Tuhan.


[1] after Imperial Austria in alliance with Imperial Germany lost World War 1, part of the peace settlement was the carving up of the former Austro-Hungarian Empire and Emperial Germany. New countries were created.( Frank Koerner, 2005,page 17)
[2] Moritz Shclick (April 14, 1882-June22,1936) was a German philosopher and the founding father of logical positivism and Vienna Circle. (Philip M.Parker,2008 ,page 523)
[3] The Vienna Circle consisted mainly of scientifically trained philosophers and philosophically interested mathematicians and scientists. They were radically opposed to metaphysical speculation.(Robert Sonne Cohen, 1981, page 21)
[4] The New York State Legislature passes an act on April 24 incorporating the Rockefeller Foundation. The statement of purpose reads: “To promote the well-being of mankind throughout the world.” New York Governor William Sulzer approves the charter on May 14. (website, http://www.rockefellerfoundation.org/who-we-are/our-history/1913-1919)
[5] cabang ilmu falsafah atau metafizik yg berkaitan dgn fitrah makhluk (manusia): setiap bentuk pemikiran manusia dapat dikembalikan pd dasar .(Dewan Bahasa Edisi Keempat,2005)
[6] alliran falsafah yg menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu yg pasti (berlawanan dgn metafizik).( Dewan Bahasa Edisi Keempat,2005)
[7] Born in 10 March 1902. He published his first book  in 1934, “Logik der Forshong”(The Logic of Scientific Discovery), in which he criticized psychologism naturalism and put forth his theory of potential falsifiability being the criterion for what should be considerd science.( Philip M.Parker,2008 ,page 25)

No comments:

Post a Comment