Sunday, January 19, 2014

SIR AZMI

Salam... insya-Allah, hari ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman zaman aku dibangku sekolah rendah. Apa kaitan dengan tajuk di atas ???

Sabar, sabar..hehe...


 Biasalah setiap orang mesti ada pengalaman menarik semasa zaman persekolahan. Kadang-kadang masa zaman sekolah agak perit, tapi bila kita kenang kembali, ia akan membuatkan kita tersenyum.. Jadi, Sir AZMI adalah salah seorang guru aku yang boleh dikatakan amat digeruni murid-murid sekolah. Kalau nampak dia di depan, konpem  cepat-cepat lari..hahah.. Macam nampak harimau...

Beliau ni seorang cikgu subjek Bahasa Inggeris. 3 Tahun aku belajar dengan dia, bermula dari darjah empat sampai la darjah enam. Haru-biru la jawabnya 3 tahun dengan dia. Teringat aku satu peristiwa masa kelas Sir Azmi, masa tu aku darjah empat, dia check buku kami sorang-sorang..Masa dia sampai dekat meja aku, TIBA-TIBA dia berhenti, berdebar aku dibuatnya...
.

PANGGG...!!!! PANGGG..!!


Sebijik camni whiteboard dia
 Perghh, aku ditampar (kiri dan kanan sekaligus) , kalau tak silap dalam 2,3 kali dia buat.  Berair jugak mata aku..haha... padahal nangis.. Dia tanya kenapa aku "spelling Thursday" salah.. Aku cakap la yang aku tiru kawan sebelah.. Aku ingat lagi nama kawan aku tu, nama dia Fadhli.... Tiba-tiba....

PANGG..!!!

Fadhli pon kena jugak..hahah... Memang kesian, tapi dia ok je aku tengok, maklumlah budak taekwando,,huhu

 Okey, kita balik ke topik asal.. Berkenaan apa ya?? Aku pon dah lupa..haha..

Ok, aku akan cerita dengan lebih lanjut berkenaan Sir aku ni. Sebelum waktu subjek dia, murid2 kene angkat "whiteboard". Makna kata, "whiteboard" tu akan ke kelas2 yang dia ajar. Tak besar mana pon, 2 orang pon dah boleh angkat.

Antara "senjata" yang dia ada dan amat menggerunkan murid-murid ialah "kayu hikmat" dia.. Digunakan untuk merotan tapak tangan murid-murid. Bila waktu dia mengajar je, konpem akan ada yg kene "katok" dengan kayu tu. Paling kurang separuh yang kena.. Memang sakit la kalu kena ..

 Tapi yang bagusnya, kami ni takde la pulak nak report kat pengetua ke, ibu bapa jauh sekali. Maklumlah, waktu tu ibu bapa memang bagi " full support" kepada guru2 untuk didik kami. Berbeza dengan zaman sekarang, kena jentik sikit dah masuk surat kabar dan tv.. Ish ish, tak patut, tak patut...

Stail Sir Azmi ngajar, siapa yang nak duduk kene jawab soalan dia.. Memang, awal-awal tu sume kena berdiri.. Jawab salah, rotan la jawabnya. Kalau ade kelas tambahan, sapa yang dapat jawab atau siapakan essay,  baru dia bagi balik. Essay tu pulak, dia akan check sampai dia puas hati. Kalu salah, kena baiki balik.

 Aku ni budak kampung je. Mak ayah pon tak belajar tinggi, abis darjah tiga je. Jadi, kalu subjek  Bahasa Inggeris ni memang aku " balik awal" la..haha.. Masa darjah 4 tu dapat C kira standard r. Naik darjah 5, berlatih rajin2 sikit, buat homeworks, buat latihan essay, maitain dapat B... Naik darjah 6 usaha lebih kuat lagi untuk dapat A.. Masa Percubaan UPSR baru la dapat A.. Fisrt time dapat A..haha... Bangga jugak la, bukan senang tau.

 Dalam UPSR pulak, aku dapat A jugak subjek BI...Bangga la mak ayah aku sebab dapat 5A, sbb aku target 4A je, dan konpem kandas subjek BI.. Tapi rupanya, Allah kurniakan aku rezeki untuk dapat A...

Masa waktu pengumuman keputusan UPSR tu, Sir Azmi ucap tahniah kat aku... Masa tulah aku baru nampak dia tersenyum, berbeza sekali sewaktu mengajar dalam kelas.huhu..Itulah last aku dapat jumpa dia..
Harap suatu hari nanti aku dapat jumpa dia...

THANK YOU VERY MUCH SIR...
There's no one quite like a special teacher, and no teacher quite as special as YOU.. 













2 comments:

  1. Sir skrg dh pndah kl x silap..ngajo kt kolej swasta ke ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abdullah_syabab sekolah SKKMT jugak ke dulu? Ada no contact dia tak?

      Delete