Assalamualikum
w.b.t. Anda semua apa khabar? Maaflah lama tak update
blog, aku bukan apa, ape benda yang aku nak cerita banyak tapi malas pulak nak
taip panjang-panjang.. hehe. So, hari
ini aku nak story sikit pasal pengalaman aku masuk form 6. Memang mencabar dan
penuh dengan onak duri. Dah ready ke nak baca?
Disebabkan keputusan SPM 2007 aku teruk , dapat 4A, 3B, 4C, 1D.
Terukkan!!! Sedih boh, sedih… Hancur luluh hati mak ayah aku, aku, apatah lagi aku,
malu. Aku tak dapat matrik, sebab aku main isi je, aku tak nak pom, diploma pulak, aku
isi tapi tak dapat . Masuklah aku ke tingkatan 6, dalam surat JPN aku kena
daftar di SMK Padang Midin, sebab aku aliran sains.
Seminggu je aku gi sekolah..hahah..
Aku ambik borang tukar sekolah, aku nak balik ke sekolah lama aku, SMKA Sheikh
Abdul malek. Bulan 5 aku pohon tapi awal bulan 7 baru dapat..hehe.. 2 bulan aku
rilek je kt rumah..hahah…
Return to
SHAMS
Hari first
daftar form 6 di SHAMS, dengan berpakaian putih, perasaan malu lagi sekali
dating menyerang. Takut nak berhadapan
dengan guru2 aku. Masing2 guru macam terkejut dan tengok semacam, dan aku pon
dengar diorang bercakap, “ Tak dapat masuk
Universiti la tu, tu yang masuk Tingkatan 6”. Berair mata, sedih dan panas telinga bila
dengar. Namun, aku tetap gagahkan diri untuk jumpa Ustazah F untuk mendaftar tingkatan 6. Azam aku satu
je, aku nak kembalikan semula maruah aku yang telah aku musnahkan tahun 2007..
2 minggu aku
masuk di situ, tiba-tiba je petang tu, mak sedara aku dan suami dia datang jumpa aku di asrama, dia bawak
surat. Aku dapat tawaran ke UNISZA dalam bidang Syariah. Kalau korang macam mane? Happy tak? Mestilah
gembira kan, tak payah dah pakai baju sekolah macam budak lagikan? \
TIDAK bagi
aku, aku ada prinsip dan matlamat yang perlu aku laksanakan. Mak sedara aku suruh aku sambung UNISZA,
yuran, peralatan semua dia nak tolong bayarkan. Dalam kepala aku, duit anatara
salah satu sebab aku menolak, maklumlah, baju2 semua dah beli, peralatan
sekolah, yuran asrama, cadar asrama, baju batik asrama, buku2 tingkatan dan
banyak lagi.. Berapa ribu mak ayah aku habiskan untuk itu sahaja, takkan
senang2 je aku nak keluar. Tambah pulak, jiran2 duk kata kat mak aku, tingkatan
6 belajar payah, banyak membaca dan blab
la bla..
Lepas tu,
bermula lah kehidupan aku di SHAMS untuk
tahun ke-6..hehe.. Kebetulan selepas 2 minggu aku masuk, tingkatan 6 ada ujian
TOV.. eh, aku nak jawab apa, aku tak tahu apa yang dah belajar selama 2 bulan
tu. Redha jelah aku, mujur ada kawan2
yang baik hati, tolong kongsi nota dan bahan2. Faham ke tak faham hentam
sajalah..haha.
Pada suatu
hari, Cikgu Pengajian Am 1 (PAM 1) masuk
kelas, sebelum dia ngajar dia ada bagitau top 3 result TOV tu, hehe.. aku buat
“ donno”, memang aku antara yang last kot..
Cikgu sebut, “ Keputusan TOV baru ni, top 3 semua lelaki. Hebat
lelaki tahun ni. Pointer semua 3.84,
sama. Pertama Mahmud ( bukan nama sebenar), kedua Amar (bukan nama sebenar) dan
ketiga, sapa yang baru masuk bulan 7 tu, Mohd, Mohd taufik rasanya. Mana Mohd
Taufik?”Aku tidak
menyahut, sebab aku rasa mungkin cikgu salah sebut ni. Lepas berkali-kali
disebut, aku angkat tangan, dan aku
menbalas, “ mustahil saya cikgu, saya baru je masuk, cikgu salah tengok kot…”
Sambil aku kebingungan..
Cikgu
membalas, “ awak lah , cikgu dah tengok tadi”.
Hari tu, aku
menjadi bingung seharian, “takkan la aku, cikgu salah tengok ataupon salah kira
ni”.
Setelah
senarai result keluar, aku berada keudukan ketiga dengan pointer 3.84.
Terbeliak biji mata aku. Haha.. Itulah detik permulaan aku untuk bangkit dan
membuktikan bahawa aku mampu bangkit kembali.
Tidur,
tidur dan tidur.
Sebenarnya
aku malas cerita bab ni, tapi maklumlah kawan aku ramai dekat alam maya ni,
sebelom diorang attack aku dengan perkara ni, baik aku dulu yang ceritakan.. Eh
kenapa korang senyum? Hahaha..
Masa
tingkatan 6 dulu hobi aku suka tido dalam dalam, tak kiralah subjek mana
pon, kadang lepas masuk kelas tu, kepala
terus atas meja. Mengantuknye pagi2 ni, hingga perkataan “tidur”tu dah sinonim
dengan diriku dan selalu kene sindir dengan kawan2.
Aku tak
tahulah kenapa dari aku tingkatan 4 dan 5 memang aku tidur je memanjang dalam
kelas. Sebab tu aku gagal SPM.Antara subjek
yang aku banyak tidur, subjek Sejarah. Uiishh, berat giler mata kalu time
subjek ni, pernah satu hari tu, pada waktu tengahari, subjek sejarah pulak,
cikgu sejarah ada kat depan, dia nampak aku tidur ( walaupon hari2 dia nampak
aku tidur..hehe), dia panggil nama aku, terkejut aku, degupan jantung menjadi
laju, dia pon tanya satu soalan tentang apa yang telah dia ajar kat depan.
Kebetulan, tajuk yang dia ajar tu memang aku dah baca semalam. TERKEJUT cikgu
dan kawan2 aku, tidur pon boleh jawab. Aku senyum, cikgu tu siap suruh aku
tidur balik.” Heaven”nya rasa waktu tu, aku pom sambung tidur. (jahat dan kejam
sungguh aku)
Semenjak dari
itu, cikgu2 lain dah tak marah aku tidur, tapi jujur aku kate, aku bukan
sengaja nak tidur, tapi tak tahan sangat, kalu dapat tahan mengantuk setengah
jam tu kira okeylah..
Ramai kawan2
aku tak tahu, sebenarnya, aku siang je tidur, malam2 aku study. Katakanlah
esok, cikgu nak ajar bab Sistem Politik
Thailand, malam tu memang aku dah bace dah.. Bagi aku waktu yang aman
dan ilmu cepat nak masuk dalam kepala ialah pada waktu tangah2 malam,
waktu semua orang tidur. Rasa nyaman dan senang je nak faham.. Kadang pukol 3,4
baru aku tidur, sebab tu lah hari2 aku mengantuk dalam kelas..haha.
# dilarang
sama sekali meniru aksi ini #
Bersambung…………………..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam bro. Kira problem aku pun lebih kurang dgn kau. Baru masuk n dah pohon utk pindah ke maahad hamidiah.. Kira urusan ni babitkn JPN sbb pindah dr daerah berbeza.. Jadi sementara nak tunggu keputusan perpindahan tu mmg takperlu pergi ke sekolah kee... Sbb diri ni mmg malas nak blajo sains(jurusan dkt skola yg ditawarkan). Lagipun mcm takpyh je blajo sana sbb takde bayar apa2 yuran. Tlg aku bro. Thanks.
ReplyDeleteSalam bro. Kira problem aku pun lebih kurang dgn kau. Baru masuk n dah pohon utk pindah ke maahad hamidiah.. Kira urusan ni babitkn JPN sbb pindah dr daerah berbeza.. Jadi sementara nak tunggu keputusan perpindahan tu mmg takperlu pergi ke sekolah kee... Sbb diri ni mmg malas nak blajo sains(jurusan dkt skola yg ditawarkan). Lagipun mcm takpyh je blajo sana sbb takde bayar apa2 yuran. Tlg aku bro. Thanks.
ReplyDelete