ABSTRAK
Kajian ini memfokuskan perbincangan secara lebih mendalam berhubung
dengan gerakan Sisters In Islam ( SIS ) yang lebih di tumpukan kepada istilah “
Imam Mar`ah” iaitu Amina Wadud. Lanjutan dari matlamat itu juga penulis melihat
kepada konsep SIS ini dalam mempengaruhi akidah masyarakat umat Islam hasil
daripada penyebaran gerakan-gerakan liberalisme tersebut. Bagi mendapatkan
bukti yang kukuh pelbagai kaedah telah di gunakan dalam kajian ini. Sebagai
metodologi kajian, wakil daripada kumpulan kami telah membuat tinjauan sendiri
di pusat SIS ini yang bertempat di Petaling Jaya dan sempat menemubual beberapa
pengikut gerakan ini serta kajian kepustakaan. Selepas itu, data telah
dianalisa dan dibuat rumusan. Hasil daripada kajian ini, kami dapati mereka
yang mengikuti gerakan ini ramai daripada golongan orang melayu sendiri. Oleh
itu, pendidikan agama dan pengetahuan asas mengenai agama Islam perlu di
terapkan semenjak kecil lagi. Berita ini amat menyedihkan bagi kami kerana
mereka sendiri telah mencalarkan imej Islam dengan bertopengkan bangsa Melayu
yang secara automatik beragama Islam. Kewujudan fahaman feminism ini amat
membimbangkan generasi akan dating sekiranya geraka SIS ini terus menular dalam kehidupan masyarakat
Islam kelak. Kajian
1.
PENGENALAN SISTERS IN ISLAM (SIS)
1.1
Misi ( Sisters In Islam. 2005)
Sisters
in Islam (SIS) ialah sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang
memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. Mereka menyokong semangat
revolusi Islam, satu agama yang telah mempertingkatkan martabat wanita apabila
ia diturunkan 1400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak penindasan wanita
dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan.
Mereka amat sedih kerana agama telah diperalatkan untuk membenarkan amalan dan
nilai-nilai budaya yang menganggap wanita sebagai berkedudukan lebih rendah
daripada lelaki. Mereka percaya bahawa ini berlaku kerana kaum lelaki sahaja
yang telah menguasai secara eksklusif hak mentafsir al-Quran.
Mereka percaya bahawa setiap orang mesti diberi peluang sepenuhnya untuk
menyertai segala bidang kehidupan demi pertumbuhan dan pengembangan ummah.
Penyertaan wanita Islam sebagai rakan kongsi yang setaraf, dalam erti kata
sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi ummah adalah menjadi
keperluan masa kini. Mereka merumuskan bahawa adalah penting pengalaman,
fikiran dan suara wanita dimasukkan ke dalam tafsiran al-Quran dan pentadbiran
agama dalam dunia Islam.
Mereka memperolehi ilham daripada penglibatan aktif wanita dalam
kehidupan awam semasa zaman Nabi Muhammad saw. Koleksi riwayat hidup para
Sahabat Nabi memuatkan lebih daripada 1,200 riwayat Sahabat Nabi yang terdiri
daripada wanita. Antara mereka ialah para penyampai hadith, para wali dan sufi,
para syahid, pembebas abdi, dan wira peperangan.
Usaha mereka mempromosi hak-hak
wanita Islam adalah berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaan, keadilan, kebebasan
dan martabat seperti yang diperintah oleh al-Quran dan diperjelaskan oleh
kajian mereka mengenai kitab suci ini. SIS telah ditubuhkan pada 1988 dan
didaftar sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1993 di bawah nama SIS
Forum (Malaysia) Berhad. Nama Sisters in Islam terus digunakan dalam penulisan mereka.
Misi
mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip Islam yang
sebenar, prinsip-prinsip yang memuliakan konsep kesaksamaan di antara wanita
dan lelaki, dan berjuang ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong
prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat
dalam negara demokrasi.
1.2 Objektif utama ( Sisters In Islam. 2005)
·
Menegak
dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira
pengalaman dan realiti wanita;
·
Menghapuskan
ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan
serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah
daripada lelaki; dan
·
Membina
kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai
kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.
2.
ISLAM MENURUT SIS
Secara etimologi, SIS boleh dirujuk
sebagai sebuah gerakan yang mempunyai dua premis utama yang tersirat di sebalik
penubuhannya iaitu pertama; Islam dan reformasi agama, kedua; perjuangan
mempertahankan hak-hak kemanusiaan. Justeru, kajian yang membandingkan ideologi
atau kefahaman SIS dengan gagasan ideologi aliran Islam Liberal menjadi perkara
paling asas dalam usaha untuk menjawab persoalan di atas. Di samping itu,
reformasi Islam juga adalah antara hasrat dan matlamat utama penubuhan SIS.
Maka sudah tentu kefahaman yang jelas terhadap perspektif Islam SIS menjadi
asas penting kepada sebarang justifikasi terhadapnya.
SIS sebelum memulakan perbincangan
mengenai konsep dan agenda perjuangannya, sudah awal-awal lagi memberi fokus
pada aspek ideologi dengan menganjurkan perbincangan yang merujuk kepada maksud
atau tujuan asal Islam yang diwahyukan dalam kehidupan umat manusia. SIS
berusaha mengajak masyarakat Islam untuk menganalisis dan menilai semula apakah
Islam seperti yang difahami dan diamalkan oleh majoriti umat Islam dewasa ini
adalah sebenarbenarnya menepati maksud dan kehendak asal Islam yang diwahyukan
itu. Lalu, dalam usaha untuk menjustifikasikan kewujudan SIS dan kepentingan
pergerakannya, SIS memulakan perbincangannya dengan mengungkit persoalan yang
dianggap sangat penting untuk difikirkan bersama iaitu tentang realiti Islam
dalam perkembangan hidup umatnya, permasalahan dan punca-puncanya sehinggalah
kepada kaedah penyelesaian yang perlu diusahakan. ( Sisters In Islam. 2005)
SIS menjelaskan di sini, bahawa
realiti Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam dalam majoriti negara Islam
tidak menggambarkan ajaran Islam yang asal. Sebaliknya, SIS melihat dunia Islam
tidak terlepas dari sebuah kehidupan yang mengamalkan sistem dan budaya yang
meletakkan kaum wanita berada di kelas kedua berbanding lelaki. Bertolak dari
persepsi tersebut, SIS mendakwa bahawa permasalahan yang dibangkitkan itu bukan
berpunca dari agama atau sumbernya iaitu al-Qur`an. Secara umumnya, SIS melihat
faktor utama kepada permasalahan tersebut adalah akibat daripada penerimaan
Syariah yang menyeleweng dari nilai-nilai keadilan dan kesaksamaan seperti yang
diiktiraf dalam konteks dunia moden.
3.
IMAM WANITA : KONTROVERSI DR AMINA WADUD.
Amina Wadud wanita yang pernah mencetuskan kegemparan di seluruh dunia
apabila beliau dengan berani mengimamkan solat Jumaat pada 28 Oktober 2005
dengan makmumnya bercampur aduk antara lelaki dan wanita. Kegemparan ini
menimbulkan rasa marah dan kecaman dari majoriti umat Islam di seluruh dunia.
Amina Wadud ialah seorang wanita,
feminis, dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Amina Wadud dilahirkan pada 25
September 1952 di Bethesda, Maryland. Bapanya merupakan seorang paderi
Methodist dan ibunya pula berketurunan hamba dari Arab, Berber dan Afrika pada
kurun ke-lapan Masehi. Beliau mengucap syahadah pada tahun 1972 sebelum
mengetahui asal-usul keluarga sebelah ibu beliau. (Edward Curtis. 2010, hlm 473)
Pada tahun 1988, beliau memperoleh
Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti
Michigan (Michigan University). Semasa pengajian ijazah, beliau mempelajari
Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika (American University), dan
Pengajian Quran dan Tafsir di Universiti Kaherah (Cairo University), dan juga
kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar (semua universiti tersebut
terletak di Kaherah, Mesir). (Edward
Curtis. 2010, hlm 473)
Beliau kini berkhidmat sebagai
Profesor Madya Pengajian Islam (Associate Professor of Islamic Studies) di
Universiti Commonwealth Virginia (Virginia Commonwealth University) di
Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan
Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk tempoh yang
lama semenjak 1989.
Kajian-kajian Amina Wadud tertumpu
kepada jantina dan al-Quran. Beliau telah menulis untuk subjek berkenaan dalam
bukunya Quran and Woman: Rereading the Sacred Text from a Womans Perspective
(Quran dan Wanita: Pentafsiran Kembali Ayat-Ayat Suci dari Kaca Mata Wanita).
Edisi pertama buku tersebut diterbitkan oleh Sisters in Islam di Malaysia dan
menjadi rujukan berkisar subjek-subjek jantina dan al-Quran oleh aktivis dan
pengkaji akademik di seluruh dunia. Setelah menerbitkan buku pertamanya itu,
beliau sering membuat syarahan di universiti-universiti dan
perhimpunan-perhimpunan di Amerika Syarikat, Jordan, negara-negara Afrika dan
Afrika Selatan, Nigeria, Kenya, Pakistan, Indonesia, Kanada, Norway, Belanda,
Bosnia-Herzegovina, Sepanyol, dan Malaysia. ( Sisters In Islam. 2005)
Amina Wadud secara terbuka
mengatakan beliau tidak bersetuju dengan beberapa ayat Al-Quran, terutamanya
yang berkenaan memotong tangan pencuri kerana percaya memotong tangan merupakan
perbuatan kasar (brutal behavior). Beliau juga menolak beberapa hukuman lain
yang terdapat dalam Al-Quran, Amina Wadud menganjurkan empat kaedah baru
menafsir Al-Quran, iaitu: ( Sisters In Islam. 2005)
1) Pembacaan harafiah teks Al-Quran.
2) Hujah (legalistic) yang mengekang bagaimana
ayat itu diguna pakai.
3) Tafsiran semula dari sudut
pandangan sebaliknya (baru) .
4) Menolak Al-Quran apabila
seseorang tidak bersetuju dengannya.
3.1 Imam wanita untuk Solat Jumaat
Amina Wadud
menjadi subjek hangat di dalam perbincangan undang-undang Islam apabila beliau
menjadi imam untuk Solat Jumaat kepada 100 orang lelaki dan perempuan di Gereja
Besar Keuskupan St. John the Divine di New York pada 18 Mac 2005. Tindakan
beliau ini memecah tradisi Islam bahawa hanya lelaki boleh menjadi imam dalam
solat lebih-lebih lagi bagi Solat Jumaat (wanita dibenarkan menjadi imam untuk
makmum yang terdiri dari kalangan wanita). Sebelum itu, tiga buah masjid
menolak untuk dijadikan tempat bagi acara tersebut dan sebuah muzium yang pada
mulanya bersetuju menarik diri akibat dari ancaman bom. (Edward Curtis. 2010, hlm 473)
Amina Wadud
bukan pertama kali mencetuskan kontroversi. Pada Ogos 1994, beliau pernah
menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender di Masjid
Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan. Akibat dari perbuatan beliau
tersebut, terdapat usaha-usaha untuk menyingkirkan beliau dari Universiti
Commonwealth Virginia.
Di sebalik
bantahan dan kritikan majoriti masyarakat Islam terhadap tindakan Amina Wadud,
beliau masih menerima jemputan untuk bercakap dan menjadi imam untuk Solat
Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau menjadi imam kepada lebih kurang 30 orang
setelah menyampaikan syarahan di International Congress on Islamic Feminism
(Kongress Antarabangsa Feminisme Islam) di Barcelona, Sepanyol. Majoriti
masyarakat Islam menolak sama sekali wanita sebagai imam untuk solat Jumaat dan
solat lain yang makmumnya terdiri daripada laki-laki. (Edward Curtis. 2010, hlm 474)
4.
PENDAPAT SISTERS IN ISLAM TERHADAP IMAM WANITA
Pelbagai reaksi dan pandangan telah
diberikan terhadap peristiwa Amina Wadud yang merupakan seorang professor
pengajian Islam dan juga ahli teologi, yang mengimami solat jamaah yang terdiri
dari lelaki dan perempuan di New York pada 18 Mac 2005. Perbincangan terbuka
yang sihat ini merupakan suatu petanda yang baik bagi umat Islam umumnya, dan
masyarakat Islam di Malaysia khasnya, kerana bukan sahaja ahli-ahli agama
memberi pandangan mereka, malah ahli-ahli masyarakat umum juga merasa selesa
untuk mengutarakan pendapat masing-masing. Secara tidak langsung perbincangan
sebegini memberi gambaran mengenai persepsi dan pemahaman dunia masyarakat
Islam di abad ke 21 ini berkenaan isu perempuan.
Walaupun ada sesetengah yang menyokong konsep
imam perempuan bagi jamaah yang makmumnya terdiri dari lelaki dan perempuan,
namun banyak sekali pendapat yang menentangnya.
Bolehlah dirumuskan bahawa antara hujah-hujah popular yang
menentang perkara ini adalah:
Ø Agama Islam
mengharamkannya
Ø Sesungguhnya
tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia Islam
Ø Kesemua ulama
bersepakat menolak konsep ini
Ø Lelaki yang
menjadi makmum imam perempuan tidak akan khusyuk sembahyang kerana boleh
merangsang nafsu syahwatnya
Ø Tindakan
Professor Amina itu hanya menimbulkan kontroversi yang tidak perlu kerana banyak
lagi perkara yang lebih mendesak untuk difikirkan oleh umat Islam
Ø Orang perempuan
Islam tidak perlu menjadi seperti feminis barat yang mahu bertanding dengan
lelaki dari semua segi
Banyak perkara yang harus diperbincangkan mengenai perkara ini, tetapi
memandangkan ruang yang terhad, cukuplah sekadar kita mengulas hujah-hujah di
atas. Berikut merupakan pandangan Sisters In Islam terhadap kontroversi Amina
Wadud yg diambil daripada website Sisters In Islam sendiri, antaranya: (Sisters
In Islam. 2005)
1. Adakah konsep perempuan mengimami solat jamaah yang terdiri
lelaki dan perempuan itu bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah serta tidak
pernah berlaku langsung dalam sejarah Islam?
·
Yang nyata, tiada ayat Al-Qur'an yang melarang perempuan menjadi imam
solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Kesemua ulama klasik
dan ulama masakini secara majoritinya bersetuju tentang perkara ini.
·
Yang menjadi titik perbezaan pendapat adalah dari sumber hadith,
khususnya :
·
Terdapat hadith yang meriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w. telah
melantik seorang perempuan Ansar bernama Ummu Waraqah binti Abdullah, untuk
mengimamkan solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. (hadith ini
telah dicatat dalam kitab Sunan Abu Daud, Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal,
al-Hakim, ibnu al-Jarud, ibn Khuzaimah, al-Bayhaqi, al-Tabarani dan
al-Daraqutni)
·
Sesetengah ulama yang mengambil pendirian melarang perempuan
menjadi imam sembahyang menyandarkan pendapat mereka pada hadith yand
diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bersumber dari Jabir yang maksudnya :
"Janganlah sekali-kali perempuan mengimami lelaki, Arab Badui mengimami
Muhajjir dan orang berdosa mengimami mukmin yang baik". Sesungguhnya Imam
Nawawi telah menggolongkan hadith ini sebagai hadith dha'if ataupun lemah dan tidak
boleh dipakai.
Dalam sejarah Islam juga telah tercatat bahawa:
·
Pada tahun 699M/77H, seorang perempuan Khawarij bernama Ghazala
juga pernah menjadi imam solat kepada askar-askar lelaki di Kufa dan telah
membaca dua surah terpanjang dalam solat tersebut. Ada beberapa ulama klasik
yang enggan mengikitiraf peristiwa ini dengan alasan Ghazala dari kaum
Khawarij. Namun, haruslah diingat bahawa Khawarij dianggap pelampau kerana
mereka terlalu berpegang pada ajaran Al-Qur'an secara harfiah dan enggan berijtihad
dalam penafsiran agama, dan bukan kerana mereka tidak percaya Al-Qur'an dan
sunnah Nabi. (sila rujuk al-Tabari, kitab Tarikh al-Rusul wa'l Muluk, Kaherah,
Bab 51 ms 80, Abu al Hassan Ali Masudi (Muruj al-Thahab, Dar al-Andalus, Beirut
1965, bab 3 ms 139)
·
Khalifah Walid II dari Bani Umayyah telah mewatikahkan serban
baginda kepada seorang perempuan di masjid Damsyik dan menitahkan perempuan itu
untuk mengimamkan sembahyang Jumaat. Kisah ini tersebut dalam sejarah Damsyik
dan telah dipetik oleh beberapa ulama Islam. (Justice Syed Ameer Ali, Short
History of Saraceans Page No. 196).
Maka, ternyata sejarah imam perempuan ini memang telah berlaku dan
tercatat dalam dunia Islam hanya ia tidak pernah diketengahkan atau dihebahkan.
2. Benarkah kesemua ulama muktabar bersepakat tidak membenarkan
perempuan menjadi imam kepada jamaah lelaki dan perempuan?
Adalah tidak benar sama sekali
tanggapan yang mengatakan kesemua ulama muktabar bersepakat mengatakan
perempuan tidak boleh menjadi imam sembahyang lelaki dan perempuan.
Antara ulama-ulama yang menerima
konsep perempuan mengimamkan jamaah lelaki dan perempuan termasuklah Imam Ibnu
Jarir al-Thabari (seorang mujtahid terkenal), Abu Thawr Ibrahim ibnu Khalid
ibnu Abi al-Yaman al-Kalbi, Abu Isma'il ibnu Yahya al-Mazeni yang semuanya
pengikut mazhab Shafi'e , Ibnu Arabi (mazhab Zahiri), Ibnu Taimiyah dan Imam
Hanbali.
Ada antara ulama-ulama tersebut,
seperti Imam Hanbali, hanya membenarkan perempuan menjadi imam sembahyang bagi
jemaah lelaki dan perempuan untuk sembahyang tarawih sahaja. Namun, apa yang
nyata, ia tetap membuktikan bahawa Islam (melalui Al-Qur'an dan sunnah Nabi
Muhammad s.a.w) tidak menolak konsep perempuan menjadi imam solat jamaah lelaki
dan perempuan.
Sesetengah ulama seperti Ibnu
Taymiyyah, hanya meletakkan syarat bahawa imam perempuan itu hendaklah fasih
Al-Qur'an, tetapi syarat sedemikian juga digunapakai untuk imam lelaki. Yang
jelas, faktor jantina perempuan itu sendiri tidak dipertikaikan, tetapi yang
menjadi faktor adalah samada perempuan itu berilmu atau tidak. Maka telah
terbukti ada ulama Islam yang boleh menerima konsep perempuan menjadi imam
sembahyang kepada jamaah yang terdiri dari lelaki dan perempuan.
3. Begitu mudahkah makmum lelaki terangsang nafsunya dan hilang
khusyuk jika berimamkan seorang perempuan?
Hujah yang mengatakan kaum lelaki
akan terdorong nafsu lalu tidak khusyu' sembahyang jika perempuan yang
mengimamkan sembahyang mungkin merupakan hujah yang paling popular sekali. Kaum
lelaki, terutamanya para Muslimin, tentunya dan seharusnya merasa terhina
dengan tuduhan sebegini kerana seolah-olah mereka adalah haiwan yang langusung
tidak dapat mengawal nafsunya. Sekiranya para Muslimah masih boleh khusyu'
sembahyangnya walau berimamkan orang lelaki, mengapa pula orang lelaki dianggap
begitu rapuh dan goyah sekali imannya? Sesungguhnya kaum perempuan juga
mempunyai nafsu dan Al-Qur'an sendiri menceritakan bagaimana ramai perempuan
termasuk Zulaikha begitu tergoda dengan ketampanan Nabi Yusuf a.s. sehingga
lupa diri.
Jika kita renungkan, jamaah haji
bersembahyang bercampur lelaki dan perempuan malah ada kalanya bersentuh bahu
akibat ruang yang sesak, namun tiada yang gusar yang mereka tidak boleh khusyu'
semasa sembahyang atau semasa mengerjakan ibadah haji.
Dalam hal solat jamaah yang diimami
oleh Aminah Wadud itu sendiri, kesemua makmum lelakinya tiada membuat sebarang
aduan mengatakan mereka tidak dapat khusyu' dan nafsu mereka timbul akibat
berimamkan perempuan. Sejarah juga menceritakan bagaimana Sayidina Umar r.a.
tidak sedar anak panah yang terbenam di kakinya telah ditarik keluar ketika
beliau khusyu' mengerjakan solat. Adapun khusyu'nya solat itu bermula dari hati
yang bersih dan penumpuan dalam ibadah.
Apa yang pasti, konsep imam
perempuan bagi jamaah lelaki dan perempuan ini memang telah wujud dalam sejarah
Islam dan bukannya tercetus hasil apa yang dihebohkan sebagai pengaruh gerakan
feminis barat. Masyarakat Islam tidak harus mengambil sikap tertutup
seolah-olah tidak ada ruang lagi dalam Islam untuk mempertimbangkannya. Kita
semua sesungguhnya bertanggungjawab menyambung dan merealitikan amanah
perjuangan Nabi s.a.w yang memartabatkan hak-hak dan kedudukan kaum perempuan.
5.
KONSEP IMAM DAN JAWAPAN TERHADAP KONTROVERSI AMINA WADUD
Isu utama dalam tindak tanduk
terbaru Amina Wadud ialah menjadi imam sembahyang Jumaat, membaca khutbah dan
setiap saf-saf sembahyang Jumaat itu bercampur aduk lelaki dan wanita. Tindakan
Amina Wadud menjadi wanita Islam pertama di dunia menjadi imam sembahyang
Jumaat dan membaca khutbah menerima kecaman ulama di seluruh dunia, antaranya
Syeikh Yusuf al-Qardhawi.
Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi,
fuqaha bersependapat wanita diharamkan menjadi imam sembahyang Jumaat dan
membaca khutbah. Pendapat ini berdasarkan pengajaran dan bukan berdasarkan adat
sesuatu kaum seperti mana yang didakwa, ketika memberi ulasan lanjut kepada
agensi berita Islam Online tentang wanita diharamkan menjadi imam sembahyang
kepada makmum lelaki ialah: (Ghafani Awang Che. 2005.)
Tidak pernah terjadi dalam sejarah Islam seorang wanita menjadi
imam solat Jumaat dan membaca khutbah, Tidak ada seorang Fuqaha pun bersetuju
membenarkan wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbahnya.
Sembahyang dalam Islam membabitkan
perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata
upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita. Ibadah
sembahyang dalam Islam memerlukan tumpuan penuh minda, perasaan dan penyerahan
hati khusyuk kepada Allah swt.
Islam menggariskan beberapa
peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah swt secara tertib dan
beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah. Selari
dengan kehebatan ibadah sembahyang, maka Islam menetapkan beberapa garis
panduan dalam melaksanakannya.
Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan
perempuan Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang
pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir manakala sebaik-baik saf bagi
wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang
pertama.” - (Riwayat: Muslim).
Hadis ini adalah hadis sahih. Ini
adalah peraturan dan disiplin sembahyang berjemaah dalam beribadah kepada
Allah. Islam membenarkan wanita menjadi imam kepada makmum wanita saja.
Beberapa hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Darqatani menyatakan
Aisyah dan Ummu Salamah (isteri-isteri Rasulullah) menjadi imam kepada jemaah
wanita saja. Tempat duduk bagi imam wanita pula adalah dalam saf yang pertama
sebaris dengan makmum, tidak terkedepan seperti mana peraturan kedudukan imam
lelaki. Tidak ada hadis yang menyebut langsung mengenai wanita boleh menjadi
imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah. (Ghafani Awang Che. 2005.)
Islam memberi persamaan hak berdasarkan keadilan kepada lelaki dan perempuan.
Peraturan pengasingan lelaki dengan wanita dalam ibadah sembahyang menunjukkan
Islam adalah agama yang tersusun dan bersistem. Ia sebenarnya memberi kebaikan
dan kesejahteraan kepada semua pihak. Mereka menunaikan sembahyang untuk
mencapai kekhusyukan sepenuh dan diredai Allah swt. Tindakan kontroversi
seorang wanita menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah jelas sekali
tidak mengambil kira ketinggian martabat dan kehebatan hakikat sembahyang itu. Menurut hadis yang bermaksud :
”Perempuan jangan menjadi imam kepada
seorang lelaki”. (Riwayat Ibn Majah 1081)
Apabila menjadi imam seorang wanita kepada kumpulan
lelaki , wanita dan kanak-kanak lelaki nescaya solat perempuan tadi sah
dan memadai, manakala solat kumpulan lelaki dan kanak-kanak lelaki tidak sah
dan tidak memadai kerana Allah menjadikan lelaki pemimpin bagi kaum
wanita. Pendapat ini
juga tidak lari daripada pendapat imam al-Nawawi . Menurut beliau , tidak sah
imam perempuan dan khunsa kepada lelaki sama ada solat fardhu atau sunat. (Al-Imam al-Syafie. 1993, hal 292.)
Pendapat yang mengatakan wanita layak menjdai imam
sembahyang adalah tidak kuat . Ini adalah kerana ia tidak pernah berlaku di
zaman Rasululullah, sahabat dan tabiin. Oleh itu, apa yang diamalkan itu adalah
bid’ah. Selain itu , ulama dalam lapan mazhab Islam yang diiktiraf sepakat
tidak membenarkan wanita menjadi imam solah fardhu kepada jamaah lelaki yang
ajnabi kerana tiada nas yang sahih menyokong perbuatan tersebut. Pendapat Imam
Muzani dan Abu Thaur yang mengharuskan wanita mengimami lelaki adalah lemah.
Selain itu, didapati Dr. Amina Wadud, mendirikan solat Jumaat itu bukan untuk
keredhaan Allah tetapi hanya untuk membuktikan persamaan hak gender.
Niat yang tidak betul sewaktu menghadap Allah , tidak akan membawa sebarang
kebaikan kepada mereka yang beribadah . Niat beribadat untuk mencari keredhaan
Allah sudah tentu jauh lebih baik daripada beribadat untuk mencari kesamarataan
gender. Sesuatu ibadat dengan niat yang menyeleweng sudah tentu tiada pahala malah
dikhuatiri dibalas dengan dosa bid’ah yang akan menjerumuskan mereka ke
dalam neraka. Kerana inilah kita dapati para sahabat nabi generasi
sesudah mereka menolak setiap yang menyalahi sunnah yang sahih dan
kadang-ladang mereka bersikap keras dalam penolakan itu , bukanlah disebabkan
mereka memarahinya , malah disebabkan jiwa mereka kasih kepada kebesaran sunnah
dan nabi mereka. (Muhammad Naasiruddin al Baani , Penterjemah
Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh . 19995, hal
11.)
Tindakannya itu hanya mengundang perpecahan . Sepatutnya mereka memperjuangkan isu-isu pokok
seperti penderitaan wanita di Palestin. Mereka jua seharusnya celik mata dalam
isu-isu seperti pelacuran zina dan keruntuhan rumahtangga yang sepatutnya
diambil perhatian. Hukum yang sedia ada dan diamalkan ribuan tahun di dalam
agama kita , bahawa wanita hanya boleh mengimamkan sembahyang jemaah wanita
atau kanak-kanak , tidaklah seharusnya berubah dengan mudah hanya semata-mata
kerana perbuatan beberapa orang wanita yang membuat tafsiran sendiri tentang
ajaran agama khususnya dalam ibadat itu. ( Ismail Ibrahim.
Ahad , 3 April 2005.)
Amalan ibadat kita mestilah kerana ketaqwaan kepada Allah dan bukan kerana
menonjolkan persamaan gender. Bagi Allah , segala pembahagian gender , kaum ,
puak dan sebagainya tidak mempunyai makna dan kepentingan kepada Allah tetapi
yang penting ialah sifat taqwa kepada Allah . Ini dapat dilihat dalam firman
Allah yang bermaksud :
Wahai manusia , sesungguhnya telah kami
jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami ciptakan berbagai-bagai kaum dan
puak supaya kamu dapat berkenal-
kenalan. Sesungguhnya golongan yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah golongan yang paling bertaqwa.
(Surah al-Hujurat ayat 13)
Seharusnya mereka sedar bahawa sekiranya ada
keharusan untuk melakukan yang demikian , pasti yang paling layak melakukannya
terlebih dahulu ialah para ummahat al-Mukminin isteri-isteri baginda
Rasululullah . Di antara mereka ada yang pakar ilmu fiqh iaitu Aisyah .Namun
begitu tidak tercatat dalam sejarah Islam adanya mereka melakukan demikian .
Berusaha melanggar disiplin ilmu
yang dipegang oleh ulama dan fuqaha yang menjadi benteng kekuatan pegangan
nilai umat Islam. Jika usaha ini berjaya maka peranan ulama dan fuqaha dalam
mempertahankan nilai Islam akan terhakis. Dengar datangnya sesuatu peristiwa
baru, umat Islam hendaklah berfikir secara terbuka sebelum menerimanya. Ia juga
hendaklah dinilai dan diselidiki dengan ilmu dan panduan yang jelas sebelum
mengikutinya. Firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang
bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang telah kamu lakukan.
6.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya,jika
diselidiki keperibadian Aminah Wadud itu sendiri membuatkan kita kagum dengan
ilmu dan pencapaian akademiknya. Namun, masyarakat Islam tidak harus mengambil
sikap tertutup seolah-olah tidak ada ruang lagi dalam Islam untuk
mempertimbangkan hak-hak wanita. Kita semua mesti bertanggungjawab menyambung
dan merealisasikan amanah perjuangan Nabi S.A.W yang memartabatkan hak-hak dan
kedudukan wanita. Sikap mengambil sesuatu maklumat dan terus mempercayai tanpa
ilmu pengetahuan akan menyebabkan maruah Islam itu sendiri luntur akibat
kelemahan umat Islam itu sendiri.
Kejayaan golongan sesat SIS
mempengaruhi fikiran masyarakat Islam telah membuka minda para cendekiawan
Islam untuk menepis segala hujah-hujah yang di lontarkan demi untuk
mempertahankan golongan feminism ini dan seterusnya menghalang golongan
liberalism ini terus menular dalam kehidupan masyarakat Islam, khusunya di
Malaysia sendiri. Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuatkan 20
perwakilan yang kebanyakannya dari Afrika, termasuk juga dari Malaysia dan
United Kingdom menentang keras kertas kerja Amina dan mendesak pengerusi
persidangan menolak kertas kerjanya bahkan menolak beliau daripada menyertai
persidangan tersebut. Ini cukup jelas menggambarkan bahawa masyarakat dunia
Islam menolak ideologi liberalisme beliau ini yang terus terang bercanggah
daripada ajaran Islam yang sebenar.
Akhir kata, semoga
Allah memberi petunjuk serta keampunan kepada mereka yang telah sesat agar
dapat kembali kepada jalan yang benar. Neraka itu amat panas, dan tidak terdaya
untuk kita menahan kepanasannya. Sekiranya sebesar titik jarum terbuka, apinya
mampu membakar seluruh alam ini. Hukum al-Quran tidak boleh di pertikaikan oleh
manusia walau dalam apa keadaan sekalipun.
RUJUKAN
Al-Qur’an Resam Uthmani.
Abd. Rahim Abd. Rasyid. 1998. Gerakan Feminisme di Malaysia –
Antara Idealisme Dengan
Matlamat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad
Baharuddin. 2007. Menjadi Survival Dalam Dunia Penuh Cabaran. Kuala Lumpur :
PTS Millennia Sdn Bhd.
al-Syafie, Al-Imam. 1993. Al-Umm. Cet. 1. Mesir : Maktabah Dar al-Baz dan Dar
al-Kutub
Ilmiah.
Curtis, Edward. 2010. Encyclopedia of Muslim-American History. New
York : Infobase
Publishing.
Ghafani Awang Che. 2005. Suara JAKIM : Agenda Amina Wadud
persenda hukum Islam.
Mac 2005 ]
. Ismail Ibrahim. 2005. Mingguan Malaysia , Ruangan
Cetusan Pemikiran oleh Dato Dr. Ismail
Ibrahim(Ahad, 3 April 2005.)
Jabatan Agama
Islam Selangor. 2005. Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di
Malaysia?. Jurnal
Mohd Asri Zainul Abidin. 2008. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda.
Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn
Bhd.
Muhammad Naasiruddin al-Baani,. 1995. Contoh Sembahyang Rasulullah
. Tej. Abdullah al-
Qari bin Hj. Salleh.
Kuala Lumpur : Dinie Publishers.
Muhammad, K.H. Husien. 2004. Fiqh Wanita. Selangor : Sisters
In Islam (SIS).
Sisters In Islam. 2005. Benarkah Islam Melarang Perempuan
Menjadi Imam Bagi Jamaah Yang
967.40 [ April 2005]
Sisters In
Islam. 2005. Pengenalan Sisters In Islam (SIS). http://www.sistersinislam.org.my/BM/
pengenalan.htm [ Januari 2005]
Zulkifli Mohd al-Bakri, Mohd Khairudin. 2005. Hukum Wanita
Menjadi Imam : Kontroversi
Solat Jumaat Dr. Amina Wadud. Kajang : Darul Fuqaha.