Sunday, October 4, 2015

Aku Penganggur??

Assalamualikum.
 Hari ini aku nak cerita sikit pengalaman hidupku selepas 2 tahun graduate dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Bangi). Walaupun masa "Graduation Day", aku tak hadir pun. Aku orang susah, mak ayah duk kat kampung. Tak sanggup aku nak gi ambik sorang-sorang. hehe.. Takpelah, transkrip aku just mintak tolong kawan aku ambilkan.

Apa yang aku buat lepas sebulan aku di rumah, aku membuka gerai kecil-kecilan menjual ice blended. Bolehlah nak tampung perbelanjaan aku.  Aku terfikir idea ini sebab aku nak beri satu peluang kepada family aku untuk terlibat sama dalam bisness ni. Alhamdulillah, gerai aku sekarang dah 4 kali renovate. Sekurangnya, jika aku tiada, aku dah sediakan sedikit saham aku dekat keluarga aku.

Banyak cabaran yang aku hadapi, dan cemuhan manusia sekeliling , " belajar tinggi, last2 jual ice blended je".

Kadang2 rasa sedih dan down. Tahun 2014, April, aku diberi peluang untuk menggantikan seorang senior aku untuk menggantikan dia menjadi guru tahsin di MRSM Kuala Terengganu. Alhamdulillah, Mei 2014 pula, aku di"offer" pula menggantikan dia juga sebagai guru tahsin di SBPI Batu Rakit. Syukur.  Tapi, orang tak nampak aku bekerja, apa yang diorang nampak aku seorang penganggur lepasan universiti. Sudah macam2 surat dan borang aku isi danbanyak interview aku pergi, namun hampa. Aku tengok orang lain datang interview bawak surat sokongan jkkk, wakil rakyat bahkan sultan pon ade. Setiap kali sampai surat penggilan temuduga, aku hanya mencebikkan mulut. Down.
Apa yang aku tahu, " cabellity is more important than capability".

Sehinggalah, pada Mei 2015 aku diberi peluang untuk mencuba nasib di Madrasah Daruttaqwa Batu Enam. 2 bulan aku disana, diriku meronta-ronta untuk berhenti, sebab aku rasa aku tak mampu nak kawal budak2. Awal bulan Julai, aku berjumpa Mudir untuk berhenti sebab aku dah tak tahan dan tak mampu nak pikul tanggungjawab. Namun, siapa sangka, Allah menghendaki jalan hidupku lain, aku tidak jadi berhenti sebab mudir pandai memberi nasihat dan kata2 telah menyentak diriku.

 Di sana, aku diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris tahun satu dan tiga.  Sekarang dah bulan Oktober 2015 aku masih di Madrasah Daruttaqwa,  dan aku dah rasa sayang nak tinggal madrasah ni. Tapikan orang2 sekeliling still tak nampak aku sedang bekerja, mereka masih mencemuh, " belajar tinggi2 tak dok kerja dok guna jugak, baik orang hok belajor diploma, spm pulok senang buleh kije".

Aku menjadi emosional, " at least aku tak dok hutang PTPTN , ribu-ribu macam anok mung!!"

Aku tahu Allah akan beri rezeki yang terbaik buatku akan datang. Kita sangka kita sedang mengatur hidup kita, padahal kita sedang di aturkan Tuhan.

# sekarang aku masih menjadi guru tahsin di MRSM KT, SBPI Batu Rakit, Guru English di Mdrasah Daruttaqwa, berniaga ice blended aku dan terbaru aku buat part time sebagai ejen takaful Prudential.
#lain kali aku tulis pasal Taaful PruBsn pulak.. Salam..

3 comments:

  1. Tgh blog walking terjumpa coretan ni. Jgn risau rezeki allah ada kat mana- mana cuma lambat or cepat je. Sy pun dah nk hampir setahun menggangur since graduate tahun lepas. Interview tak payah ckp asyik tak lepas hehe.pastu org ingat kita tak kerja, kita dok senang lenang padahal mcm-mcm kita buat. Dengan frust sendiri yg kita diamkan. Plus, tension org asyik menanya dah keje ke tak. Tapi saya percaya nnti ada rezeki buat kita. Chill keje awak mulia ajar orang :)

    ReplyDelete
  2. Beruntung awak. I kat sini sbab skrg ni pun dah hampir nak 3 tahun menganggur. Susah sgt nak dpt kerja skrg. Tapi harap2 dah kerajaan baru ni dapat la kita kerja tetap juga.

    ReplyDelete