Sunday, February 6, 2011

MeRDeka...!

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia keseluruhannya pada tiap-tiap tahun. Setelah menderita dan dizalimi oleh gerombolan penjajah selama 300 thn lebih. Akhirnya kemerdekaan berjaya dizahirkan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama.
Mat Kilau,Tok Gajah,Tok Janggut,Abd Rahman Limbong merupakan penggerak yang memulakan
perjuangan menentang penjajah zalim.Bertitik tolak dari merekalah ,lahir ramai pejuang bangsa yang bangkit meruntuhkan empayar kerakusan penjajah.

Persoalannya ialah,merdekakah kita selepas melangkaui zaman globalisasi kini..???
Soalan yang sentiasa menggamit perasaan untuk dirungkaikan.Malaysia merupakan salah sebuah negara dunia ke-3 yang pesat membangun selaras dengan ekonomi yang semakin maju serta taraf hidup yang boleh dikatakan agak mendadak mengalami peningkatan.Semua ini bagi mencapai WAWASAN 2020 yang kini hanya tinggal 10 tahun lagi untuk Malaysia mejadi sebuah negara maju.Perkara ini secara tidak langsung memberi impak dan kesan besar kepada negara berpaksikan ekonomi,politik,sosial dan budaya.

Agenda ini secara semertanya membawa pelbagai ancaman terhadap negara yang mengamalkan adab ketimuran secara zahirnya. Bermacam perkara telah merosakkan minda mayarakat kita secara sedar atau tidak sedar.Budaya barat telah meracuni minda masyarakat kita sehinggakan pelbagai perkara negatif "disumbangkan" kesan daripada pembangunan yang rancak membangun.Kita mengukur kemajuan dari sudut dan perspektif barat. Barat dijadikan "benchmark" atau kayu pengukur dalam menilai kemajuan sesebuah negara.Ini bererti tamadun yang dibina merupakan hasil acuan barat yang ditiru kita.Apakah ini dinamakan maju...???

Perdagangan dan perniagaan yang dijalankan dijalankan mengikut tahap dan peraturan barat..Sampai bila ekonomi negara akan meningkat,jika kita sentiasa bergantung kepada ihsan barat dalam berurus niaga..Padahal di dalam Islam sudah tersedia dengan cara perniagaan yanng adil dan saksama. Berniaga dengan barat hanya menguntungkan kroni-kroninya sahaja.."TAX" atau CUKAI yang dikenakan amat berat sebelah dan membuktikan urusan yang dijalankan amat tidak bertepatan syarak.

Selain itu,"budaya kuning" yang kian menjalar di dalam negara kita amat membimbangkan.Pelbagai gaya dibawa dan ditiru masyarakat kita dari cara berpakaian hinggalah cara hidup yang menekankan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.Banyak kumpulan-kumpulan yang berasal dari barat dapat dilihat kini di Malaysia seperti contoh punk,skinhead,grunge,blackmetal dan lain-lain.Perkara ini seolah menjadi perkara biasa .Keruntuhan moral juga serin g menjadi perbualan hangat masyarakat di umur pertengahan..Banyak jenayah berlaku di sekitar komuniti negara sehingga mewujudkan suasana tidak aman dalam negara.Setiap hari terpampang di dada-dada akhbar dan kaca televisyen melaporkan tentang kes bunuh,zina,mencuri,merompak ,rogol dan banyak lagi.Seolah-olah negara kita tidak punyai undang-undang.

Kesimpulannya,kemedekan yang dikecapi kini seakan-akan tidak menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat,dek kerana "penjajahan moden" yang lebih berbahaya dan fleksibel..Siapa yang harus dipersalahkan..???Politikus,ibu bapa atau individu itu sendiri..TEPUK DADA TANYA IMAN.


by :
MOHD TAUFIK BIN MOHD YIN
MALAYSA mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957...

No comments:

Post a Comment